The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Withdraw Komisen Affiliate Web Hosting

Affiliates Web Hosting

Sudah lama saya menggunakan perkhidmatan hosting BaitulBytes. Servis yang diberikan amat memuaskan.

Saya ada menyertai program affiliate hosting ini dan syukurlah, ada juga yang ‘sign-up‘ atas link affiliate saya. Rasanya baru dua kali saya tukarkan komisen affliate ke kredit. Maksudnya saya tidak tukarkan komisen ini kepada tunai.

Jadi, dengan nilai kredit yang ada, saya boleh gunakan untuk membayar sewa hosting dan domain.

Masa ini, prestasi blog ini tengah jatuh. Ranking Alexa, Google Index usah nak cerita. Memang merudum sehingga malas dah nak fikir. Idea blogging ada namun cara menyampaikannya sudah beralih ke tempat lain.

Dulu,

Apa saja yang saya ingin kongsikan pasti blog menjadi keutamaan. Sekarang senarionya lain. Media sosial seperti Facebook dan Instagram menjadi pilihan utama saya. Secara tidak langsung, blog memang jarang dah nak update. Saya lebih banyak komen, like di sosial media. Ringkas dan mudah bagi saya.

Tidak tahu sampai bila blog ini akan bertahan..

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam