The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Water Rafting Di Kiulu Dan Mendaki Bukit Perahu Di Tamparuli

2 minggu lepas saya dan rakan-rakan sekerja melakukan aktiviti ‘water rafting’ dan mendaki bukit. Saya sendiri baru kali pertama melakukan aktiviti ‘water rafting’ sebegini.

Saya dan beberapa orang rakan memulakan aktiviti pada hari tersebut dengan mendaki Bukit Perahu yang terletak tidak jauh dari Pekan Tamparuli. Cuaca yang elok pada pagi tersebut dan pendaki juga agak ramai.

mendaki-bukit-perahu-tamparuli-sabah-2

Titik mula ke Bukit Perahu

mendaki-bukit-perahu-tamparuli-sabah-3

Keadaan laluan Bukit Perahu

mendaki-bukit-perahu-tamparuli-sabah-4

Puncak Bukit Perahu

mendaki-bukit-perahu-tamparuli-sabah-5

Berjaya ke puncak!

mendaki-bukit-perahu-tamparuli-sabah-1

Pemandangan Pekan Tamparuli

Bukit Perahu adalah bukit kedua yang saya daki selepas Bukit Botak di Sepanggar. Bukit Perahu lebih mencabar kerana permukaan laluan yang licin (tanah) dan keadaannya lebih curam.

Pertengahan pendakian, saya hampir tewas kerana terlampau penat. Mungkin disebabkan keadaan saya yang masih kurang sihat dan gastrik pada malam sebelumnya. Dorongan kawan-kawan membuatkan saya bertambah semangat untuk menghabiskan  pendakian. Hampir sejam juga barulah sampai ke puncak.

Selepas berjaya menakluki puncak Bukit Perahu, kami bersarapan di Pekan Tamparuli terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke ‘Starting Point’ untuk aktiviti ‘water rafting’ pula.

Perjalanan mengambil masa hampir 15 minit menuju ke titik permulaan yang terletak di Pekan Kiulu. Memandangkan air sungai tidak kuat, kami terpaksa memulakan aktiviti ini di sini. Jika arus sungai lebih kuat, kami boleh bermula dari titik permulaan yang lain di Pukak (lagi jauh).

Water Rafting Kiulu, Sabah

Perjalanan menyusuri sungai

Water Rafting Kiulu, Sabah

Arus tidak berapa kuat

Jarak aktiviti ‘water rafting’ ini lebih kurang 7km dan cukup meletihkan kerana terbalik beberapa kali ke dalam air. Saya juga beberapa kali kekejangan otot dan bernasib baik kerana memakai jaket keselamatan serta rakan-rakan juga banyak membantu.

Cuaca yang panas pada sebelah tengah harinya seakan-akan membakar kulit yang tidak disapu ‘sunblock’.

Kami mengakhiri aktitivi ‘water rafting’ ini dengan selamat semuanya dan kami menjamu selera di titik penamat. Pakej yang kami ambil termasuk makan tengah hari sahaja. Pengangkutan kami tanggung sendiri.

Amat berbaloi penat yang dirasakan bila melakukan dua aktiviti lasak dalam  satu hari.

Kos Anggaran

  • Mendaki Bukit Perahu – RM2 (beli air mineral)
  • Water rafting – RM75 (makan dan insuran)

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam