Sejuknya Di Walai Tokou Homestay, Kundasang, Sabah

181766 10150089314748231 8175086 n Sejuknya Di Walai Tokou Homestay, Kundasang, Sabah

Walai Tokou Homestay secara tepatnya terletak dalam Kampung Sinisian, Kundasang bersebelahan dengan Pine Resort Kundasang. Kebanyakkan rumah-rumah di Kampung Sinisian menyertai program homestay ini. [ Peta Lokasi ]

WALAI TOKOU

Walai Tokou dalam bahasa Dusun bererti Rumah Kita. Konsep homestay/rumah kampung ini memang sesuai sekali untuk pengunjung yang ingin merasai keindahan dan kenyamanan suasana kampung. Suhu sejuk di kaki Gunung Kinabalu dan pemandangan jelas gunung tersebut menjanjikan seribu satu kepuasan .

BANGSA & AGAMA

Majoriti penduduk di Kampung Sinisian ini adalah berbangsa Dusun dan beragama Islam. Tiada masalah bagi pengunjung beragama Islam sama ada masalah dari segi makanan dan adat. Penduduk kampung amat ramah dan layanan mesra mereka boleh membuatkan hati terasa untuk singgah ke sini lagi suatu hari nanti.

AKTIVITI

Pihak pengurusan Walai Tokou Homestay yang diketuai En. Koh Adie Watiman menjanjikan aktiviti di sini memang menyeronokkan dan pasti akan menjadi memori indah semasa berkunjung ke Sabah. Antara Aktivitinya adalah;

  1. Belajar main alat muzik tradisonal
  2. Belajar memasak masakan tradisional
  3. Berkebun/memanam pokok
  4. Melawat tempat menarik
  5. Ulang Tahun perkahwinan secara tradisi Bangsa Dusun
  6. Dan banyak lagi

HARGA PENGINAPAN

Harga menginap di sini serendah RM60 semalam. Sila berhubung dengan En. Kohadie Watiman untuk harga terkini.

GAMBAR

Untuk gambar lain, boleh rujuk pada link ini  Facebook Saya

RUJUKAN

  1. http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/en/homestay/61-kundasang/
  2. http://www.facebook.com/profile.php?id=100000345245415

Carian Yang Berkaitan:

32 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam