The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pertandingan Unduk Ngadau Daerah Tuaran Pesta Kaamatan 2015

Pertandingan Unduk Ngadau Tuaran 2015

Menjelang pertengahan setiap tahun, semestinya Pesta Kaamatan antara yang dinanti-nantikan setiap orang di Sabah khususnya. Pelbagai acara menarik akan diadakan dan pertandingan peragaan ratu cantik atau lebih dikenali sebagai Pertandingan Unduk Ngadau bagi masyarakat setempat akan mendapat perhatian.

Pertandingan ini diadakan pada setiap daerah untuk memilih calon Unduk Ngadau dan akan mewakili daerah masing-masing. Pertandingan peringkat akhir biasanya  akan diadakan di “Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Cultural Village” yang terletak di daerah Penampang.

Unduk Ngadau Peringkat Tuaran 2015

Pendaftaran;
Tarikh: 26 April 2015
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Dewan Tun Hamdan, Tamparuli

Sodop Unduk Ngadau;
Tarikh: 9 Mei 2015
Masa : 6 petang
Tempat: Grand Ball Room Shangri-La’s Rasaria Resort, Tuaran

Peringkat Akhir;
Tarikh: 17 Mei 2015
Masa : 1 petang
Tempat: Dewan Seri Sulaman, Tuaran

Untuk mendapatkan borang penyertaan, sila hubungi nombor telefon seperti yang tertera di dalam gambar di atas. Tema pertandingan tahun ini adalah ‘Keamanan Dan Perpaduan Melalui Kebudayaan’.

One Response

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam