The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Umai Obor-Obor Pilihan Utama Di Bazaar Ramadan Sarikei

image

Malam ini melelapkan mata di Bumi Kenyalang, tanah tumpah darahku.

Siang tadi saya sekeluarga berangkat balik ke kampung dari Kota Kinabalu ke Kuching. Semuanya berjalan lancar. Cuaca pula seakan-akan mengiringi kegirangan hati menjejak kaki di bumi Sarawak.

Namun, saya dan isteri berpisah dengan anak-anak di Lapangan Terbang Kuching kerana kami berdua akan ke Sarikei. Anak-anak pula terus balik ke Kampung Moyan Laut yang terletak di Asajaya, Kota Samarahan.

Perjalanan hampir enam jam diteruskan ke Sarikei dengan menaiki Bas Asia dari Stesen Bas Kuching Sentral ke Stesen Bas Sarikei. Inilah kali pertama menaiki bas dari Kuching Sentral. Sistem tiket dan pengurusan pihak bas lebih teratur berbanding di Stesen Bas Batu 3 dulu.

Selepas selamat sampai di Sarikei, kami dijemput keluarga sebelah isteri dan dibawa ke Bazaar Ramadan Sarikei yang terletak bersebelahan dengan Market Sarikei.

Malam semalam, saya dah beri “hint” dengan isteri, saya ‘mengidam’ nak makan Umai Obor-Obor.

Alhamdulillah, ada juga umai itu dijual di sana.

Saya sukakan umai obor-obor kerana kerangupan obor-obot masin itu digigit dan dimakan. Kuantitinya pula saya hadkan sedikit sahaja kerana perut saya tak berapa ok. Rasanya seakan-akan kena gastrik. Makanan masam saya kena kurangkan.

Selepas bersungkei (berbuka puasa), kepuasan pula rasanya. Esok ada beberapa lagi menu saya akan cuba.

Antara yang lain menarik perhatian saya di bazaar petang tadi adalah rojak sotong, mee kolok dan pais.

image

image

image

Entri blog semasa cuti raya ini akan saya kongsikan menerusi kemaskini dari telefon bimbit sahaja.

Esok kami berdua akan balik ke Asajaya dan selamat malam semua.

Posted from Samsung S3

11 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam