UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

392567 323146517764752 257452752 n UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

PESTA RIA UNTUK SEKELUARGA – Saya berkesempatan membawa ahli keluarga ke pesta ria UK Fun Fair 2012 yang terletak di Alam Mesra berhadapan dengan Hypermall 1Borneo. Dengan bayaran masuk sebanyak RM2.00 untuk kanak-kanak 3 tahun dan dewasa sahaja. Bersesuaian dengan cuti sekolah sekarang, pesta ini menjadi tumpuan para penduduk sekitar Kota Kinabalu.

Kemeriahan pesta ria UK Fun Fair 2012 boleh didengari dan dan dilihat dari jauh lagi. Tempat letak kereta yang banyak di bangunan kedai di Alam Mesra memudahkan pengunjung meletak kenderaan. Namun begitu, ada segelintir pengunjung yang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan yang mana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Terdapat pelbagai jenis permainan di pesta ria UK Fun Fair 2012 dan rata-ratanya akan mengujakan sesiapa sahaja. Saya sendiri yang membawa anak-anak menjadi ‘mangsa’ kerana anak-anak nak main semua permainan. Namun, hanya permainan yang tidak berbahaya sahaja yang saya benarkan untuk anak-anak bermain seperti keretapi mini, menangkap itik, cawan berpusing dan beberapa permainan lain.

Permainan di sana memerlukan token. 1 token berharga RM2.00 dan permainan tersebut menggunakan 1 hingga 4 token. Bagi saya, ia agak mahal. Cukuplah dengan 4 permainan, saya bawa anak-anak memerhatikan permainan untuk orang dewasa pula seperti Sudden Impact, Space Gun, Roller Coaster dan beberapa permainan yang lain.

Dari pengamatan saya, permainan Space Gun sangat bahaya. Pemain akan tergantung dalam keadaan terbalik dalam beberapa saat sebelum ‘pesawat’ kembali berhayun seperti biasa. Jika ingin mencuba permainan ni, fikirlah banyak kali keselamatan diri. Saya pasti, pihak penganjur juga sudah mengetatkan tahap keselamatan bagi setiap permainan.

Bagi yang ingin berkunjung ke sana, jangan berlengah lagi kerana kebanjiran pengunjung pada musim cuti begini pasti akan memeriahkan lagi pesta tersebut.

Pesta Ria UK Fun Fair 2012 akan bermula pada jam 6.00 petang sehingga 12.00 malam dan bakal berakhir pada 17 Jun 2012 nanti.

Gambar UK Fun Fair 2012 di Kota Kinabalu

270801 323146214431449 180839285328810 771680 616449910 n UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

252787 323146264431444 180839285328810 771681 816438052 n UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

556187 323146567764747 180839285328810 771689 262129341 n UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

545580 323146644431406 2103622767 n UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

579355 323146711098066 567919251 n UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

421500 323146744431396 949283819 n UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

525013 323146804431390 1006967262 n UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

533320 323146934431377 843598276 n UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

524907 323147007764703 381980975 n UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

182503 323146471098090 1544673071 n UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

pixel UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Acara, Pelancongan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota Kinabalu

  1. titan says:

    wahh, sejak bila ada funfair nih..
    titan dan entrinya..Komisen ke 55 dari Text Link AdsMy Profile

  2. kalo ade dslr mmg leh tangkap slow shutter la.. :)
    Jebeng Otai™ dan entrinya..Rumah KontenaMy Profile

  3. kulanz says:

    UK fun fair ni banyak permainan dia yang tak sesuai untuk budak2.. ibu bapa kena tahu bila masa boleh dan tak boleh bawa anak kecil..
    kulanz dan entrinya..Sertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012My Profile

  4. hatiputera says:

    bebudak memang suka main fun fair semacam ini. Dah lama jugak aku tak bawak family gi fun fair nie..
    hatiputera dan entrinya..AKU PAKAI CERMIN MATAMy Profile

  5. anjangman says:

    Best kalau ada fun fair cam ni. Kalau kat Kapit bosan punya fun fair. Habiskan duit je…he..he..
    Mus.. kenak kmk sik dpt buka blog ktk sari duak tok ?
    anjangman dan entrinya..Cara pasang google snippet di blog wordpressMy Profile

  6. tehr says:

    Memang meriah dengan budak2 ni

    Aku pernah bawa anak dan anak saudara masa kat kuching dulu
    Banyak juga habis rm sebab ramai
    Huhu
    tehr dan entrinya..Bagaimana Aku Pasang Gambar ProfileMy Profile

  7. akubiomed says:

    Budak-budak suka hendak pergi Fun Fair ini. :-)

    Nota: Blog bro telah dikesan virus KAV saya: object infected HEUR:Trojan.Script.Iframer
    akubiomed dan entrinya..Speedlight untuk kamera DSLR CanonMy Profile

  8. arrizz says:

    wa laku habis nie..hehe
    arrizz dan entrinya..Penamat Doraemon yang serius sedihMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya