Lobster Harga Murah Di Pulau Jambongan, Paitan, Sabah

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Agak penat rasa badan melayan ombak Laut Sulu menuju ke Pulau Jambongan.

Tidur di jeti berbumbungkan bulan dan bintang. Itulah pengalaman menarik semasa berada di Pulau Jambongan di Daerah Kecil Paitan, Sabah. Tiada siapa menyangka Pulau yang agak terpencil dan tidak dikenali ramai ada ‘permata’ yang yang amat bernilai.

Ada banyak isu yang akan dikongsikan, tetapi pada kali ini cukuplah bercerita  mengenai makanan laut yang ada di sana terutama udang karang (lobster). Kalau harganya di bandar boleh mencecah ratusan ringgit sekilo, di sini harganya masih boleh didapati sekitar RM45-RM80 sekilogram.

Udang karang ini ditangkap dengan cara menyelam ke dasar laut sekitar perairan pulau ini dan dikumpul dahulu sebelum dijual kepada pembeli.

Agak teruja dengan kemahiran penyelam yang tidak menggunakan tangki oksigen untuk menyelam.

Video Lobster Yang Dikumpulkan Sebelum Dimasak

Carian Yang Berkaitan:

16 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge