The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Musim Udang Geragau Di Tuaran

Udang Geragau

Semasa berada di Tamu Tuaran semalam, kelihatan banyak udang geragau dijual di sana. Menurut salah seorang peniaga, sekarang adalah musim udang geragau.

Udang geragau dijual sekitar harga RM3-RM5 sekilogram. Ada juga yang dijual setompok dengan harga RM2 sahaja. Udang ini ditangkap di pesisiran pantai di Tuaran.

Saya memang suka juga makan udang ini dan biasa dimasak goreng kunyit sahaja.

Info Udang Geragau

Udang geragau (juga dikenali sebagai udang baring atau udang geraguk) merupakan sejenis udang yang bersaiz kecil. Udang geragau hanya boleh didapati di pantai tertentu sahaja. Udang geragau mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Di Melaka, udang geragau amat popular kerana ia bahan utama dalam pembuatan cencaluk. Udang geragau boleh didapati di Pantai Klebang, Lembongan, dan Tanjung Kling.

Di Sarawak, udang ini lebih popular dikenali sebagai bubok dan digunakan dalam pembuatan cencaluk dan belacan.

Selain itu, udang ini juga sering dibuat dalam resepi jemput-jemput udang geragau, udang geragau masak tepung, kerepek geregau dan beberapa resipi lain.

Carian Yang Berkaitan:

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam