33ca65af0cb290279c82e4fdf911306cacca2caf

Tugu Peringatan Pahlawan Murut Antanom

Tugu Antanom di Tenom 1 Tugu Peringatan Pahlawan Murut Antanom

TUGU SEORANG PEJUANG – “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Seperti para pejuang kemerdekaan yang lain, Antanom merupakan pahlawan Murut yang unggul dimana beliau menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada tahun 1915. Sebagai tanda penghargaan dan peringatan terhadap jasanya memperjuangkan sebuah kemerdekaan, maka sebuah Tugu Peringatan telah dibina di Tenom. Kita sedia maklum bahawa Tenom amat terkenal dengan kopi yang dikenali sebagai Kopi Tenom.

Siapakah Antanom/Ontoros

Antanom atau Ontoros dilahirkan di kawasan ” Masinpunon ” sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan.

Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah ” Pengayau “.

Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia berkorban telah disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi keluarga dan kaumnya.

Orang pengecut tidak ada tempat dalam dunia rimba. Didalam keadaan persekitarannya bergolak oleh permusuhan kaum yang berpunca dari hutang darah, Antanom/Ontoros tidak ada pilihan, selain daripada berwatak keras dan berani. Jika pun dia menjadi jahat dari kacamata Inggeris, kerana tidak tunduk kepada kuasa mereka, bukanlah kerana Tuhan membentuknya menjadi orang ganas, tetapi  suasana persekityarannya yang memaksa Antanom/Ontoros bertindak demikian.

Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut panjang itu, bila lengkap berpakaian tradisi, bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip dipinggang, dia kelihatan gagah dan mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam menghadapi bahaya. Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan kata-katanya dan bertindak dengan penuh keazaman.

Gambar Sekitar Tugu Antanom

 

Rujukan:

  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Tenom
  • http://www.sabah.gov.my/pd.tnm/tnmdoc/lagenda.html
  • http://notasejarah.blogspot.com/2007/09/ontoros-berjuang-tentang-penindasan.html

Carian Yang Berkaitan:

13 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge