The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pendakian Dari Timpohon Ke Laban Rata Kini Dibuka Semula

Lamaing Hostel Laban Rata Gunung Kinabalu

Hari ini pihak Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah melalui akaun Facebook mereka telah mengumumkan pendakian dari Timpohon Gate ke Laban Rata sudah boleh ditempah. Pendakian harian percubaan sebelum ini pernah dilakukan melibatkan pendaki, malim gunung dan pihak Taman-Taman Sabah sendiri.

Pedakian ini dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja ketika ini dan cuma 20 pendaki sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa memandangkan penginapan yang terhad di Lamaing Hostel, Laban Rata.

Laluan ke puncak Gunung Kinabalu masih ditutup kepada umum. Pendakian pertama ke Laban Rata akan bermula 1 September ini.

Pendakian sehingga ke Laban Rata akan melayakkan anda diberi sijil hitam putih sahaja berbanding sijil berwarna sekiranya berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.

Sekiranya anda ada sebarang persoalan dan tempahan, bolehlah menghubungi talian telefon 088-523531 (Puan Norkata/Cik Norlia.

Sumber | Gambar : Sabah Parks

Carian Yang Berkaitan:

One Response

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam