Tetamu Senja Nurkilan A. Samad Said

hztours Tetamu Senja  Nurkilan A. Samad Said

Pagi tadi semasa memandu mendengar suara merdu dari A. Samad Said yang mempersembahkan sajaknya di corong Radio IKIM.fm. Aku meminati sajak tersebut. Setiap baris katanya membawa makna yang mendalam.

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

pixel Tetamu Senja  Nurkilan A. Samad Said

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

7 Responses to Tetamu Senja Nurkilan A. Samad Said

  1. DaHLia says:

    memang penuh makna dan yang penting besttt!!!!

  2. Wan Perlis says:

    sasterawan yg hebat
    brader mus xnak tulis sajak
    asyik tulis blog ja.hehe

  3. zik says:

    tersurat dan tersirat..semuanya ada..

  4. klcitizen says:

    memang best
    saya baru tahu ini puisi A Samad Said

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya