Tempoh Siap Pasport 5 Hari? Bukan 1 Jam?
Salam rakan blogger

Seperti entri semalam Aku Perlu Buat Pasport Malaysia Antarabangsa, hari ni aku dan rakan setugas ke Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Kota Kinabalu. Suasana di sana agak tenang dan tidak ramai pelanggan. Kami terus ke kuanter pertanyaan dan mengambil borang.
Alangkah terkejutnya aku, bila dimaklumkan tempoh siap pasport adalah 5 hari bagi pelanggan bukan Sabahan seperti aku. Kalau memang Sabahan, 1 jam sahaja akan siap. Mungkin aku terlepas pandang semasa ke laman web Jabatan Imigresen Malaysia semalam. Jadi, pilhan kedua adalah membuat pasport di Lawas. Lawas adalah dalam kawasan Negeri Sarawak. Jadi kalau aku buat pasport di sana, akan siap 1 jam juga.
Perjalanan kami ke Sarawak hari ini ditangguhkan kerana kenderaan dalam penyelenggaraan.
Maklumat tambahan bagi yang nak buat pasport bukan di negeri asal, contohnya aku Sarawakian nak buat pasport di Sabah adalah kena bawa;
-
3 Salinan Sijil Kelahiran
-
3 Salinan Kad Pengenalan
-
2 Keping Gambar Ukuran Pasport (Ukuran gambar ni kena tepat atau permohonan anda akan mengalami masalah)
Bagi yang nak buat pasport di Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Kota Kinabalu, perkhidmatan fotokopi dan mengambil gambar ada disediakan dengan kadar tertentu.





pada 4 minggu lepas
saya dr sabah, buat d caw. kl pun amik masa 5 hari..
pada 11 bulan lepas
kalau kat sarawak, sabahan yg baru pertama kali buat pasport n nak buat di sarawak, kne refer dulu p Jbtn Imigresen Sabah..tp selalunya kne advise suruh pergi buat di sabah lah n yg paling hampir sekali Sipitang, Sabah…
Kalau yg semenanjung nak buat di Sarawak terutama di Lawas (aku fokus kan kat Lawas sebab aku kje kat Lawas) selalunya takde masalah..macam sarawakian jugak..asal prosedur lengkap..
pada 11 bulan lepas
kalau buat kat lawas, kalau tak ramai org..tak sampai pun satu jam..pasport bleh siap..
about 1 year ago
http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20imigresen.pdf
rujuk bahagian PART VII
SPECIAL PROVISIONS FOR EAST MALAYSIA
cubalah faham2kan ayat tuh..
lawat page ni :
https://www.facebook.com/imigresen
https://www.imi.gov.my
terima kasih.
about 1 year ago
saya asal n. kelantgan tp nak buat pasport d johor bharu.. ambil masa lama mna
about 1 year ago
dah klau saya asal kelantan & nk buat pasport dkat jhor bharu ambil masa lama mana
about 1 year ago
untuk tu.. saya kurang pasti..
sila rujuk Jabatan Imigresen terdekat
pada 9 bulan lepas
1 jam jer..saya dari asal TRG buat kat JB siap dlm satu jam jer..janji buat kat Imi JB..kalo tempat lain ambik masa la
pada 9 bulan lepas
mgkin polisi sabah/sarawak lain dari tempat lain
about 1 year ago
kalau sarawkian 1st time mau bt passport antarabangsa di kk pun kna tunggu 5 hari juga ka.
about 1 year ago
ya.. menurut imigresen kk, memang kena tunggu 5 hari baru siap..
about 1 year ago
kenapa tak boleh diselaraskan yaaa….? macam warga asing pulak
about 1 year ago
mungkin dasar sesebuah negeri begitu..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Tempoh Siap Pasport 5 Hari Bukan 1 Jam
about 1 year ago
hoho~…. anak aku hampir² kena ni… tp sebab aku sabahan dapat la buat 1 jam siap…….. tapi bukan sejam pun sebenarnya, lebih juga.
Isu ini mmg dari dulu lagi diperkatakan tetapi tetap dibuat kerana alasannya ‘kejiranan’. kan Pulau Borneo ni ada 3 negara…..
about 1 year ago
1jam selepas membuat bayaran tu ging.. mmg lebih juga satu jam tu
Mustaffa Yasin dan entrinya..Tempoh Siap Pasport 5 Hari Bukan 1 Jam
about 1 year ago
begitu pulak ya
aku dah lama tak seberang sempadan
dah ketinggalan dalam bab ni
tehr dan entrinya..Tudung
about 1 year ago
macam-macam ragam..
buat apa di seberang sempadan?
Mustaffa Yasin dan entrinya..Tempoh Siap Pasport 5 Hari Bukan 1 Jam
about 1 year ago
Salam abg mus,
Kenapa ye bila kita datang dari negeri yang lain akan mengambil masa yang lama untuk siapkan passport?
PakarBuahPinggang dan entrinya..Awas serangan Kanser Prostat
about 1 year ago
katanya.. nak minta kebenaran membuat pasport..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Sukanya Burung Aku Terbang Dalam Blog
about 1 year ago
owh, macam tu pula.. kalau buat passpot di luar negeri.. siap 5 hari juga..
kulanz dan entrinya..Air Pancut Berirama Perdana Park & Earth Hour
about 1 year ago
rasanya sama sahaja..
local Sabahan boleh siap 1 jam
Mustaffa Yasin dan entrinya..Mengajar Anak Belajar Origami
about 1 year ago
semakin laju prosesnya, alamak lupa la pulak rasanya passport aku pun dah expire kot

etomyam dan entrinya..Sarawak River Cruise
about 1 year ago
memang betul tu. layanan mereka pun terbaik!!
Mustaffa Yasin dan entrinya..Anak Kami Kini Dengan Botol Susu Bisphenol A BPA Free
about 1 year ago
Sebabnya hang ada buat passport time di Sarawak dulu bro. So file kena simpan di sana. Diaorg mesti transfer fail dulu ke KK. Time renew nanti 1 jam aje. Kawe dah renew byk kali, so tahu ler sikit2.
Ismail N dan entrinya..PROMO- Kuwait Finance House Savings Account Promotion
about 1 year ago
tak pernah ada pasport lagi..
katanya kena minta kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Sarawak untuk keluarkan pasport..
bab ni aku kurang faham..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Close Focus Macro Photography Dengan Kamera Kompak
about 1 year ago
Pertama kali buat Passport memang mengambil masa tapi kalau perbaruhi sekejap sahaja. Ada sesetengah urusan memperbaruhi boleh dilakukan dengan mengunakan kios sahaja
akubiomed dan entrinya..Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
about 1 year ago
Ooo sama gak rupanya. Still kena tunggu izin negeri asal gak.. Hmmm… He he yg penting siap bro. Selamat driving 1000 km ke Sarawak. Kalau kawe mahu patah pinggang cam tu

Ismail N dan entrinya..PROMO- Kuwait Finance House Savings Account Promotion
about 1 year ago
ehhh,salah taip..45 minit
adele dan entrinya..Kebaikan Emosi Seorang Perempuan
about 1 year ago
kira express lah tu.. tak sampai sejam
tercapailah target diorang
Mustaffa Yasin dan entrinya..Anak Kami Kini Dengan Botol Susu Bisphenol A BPA Free
about 1 year ago
erk, apa bezanya antara Sabahan dan tak Sabahan?
Malaysia jugak kan..huhu
hari tu buat passport 14 minit je dah siap..
adele dan entrinya..Kebaikan Emosi Seorang Perempuan
about 1 year ago
perbezaan tulah yang buat aku tak faham..
sama jer kita ni 1Malaysia
nak buat mcm mana.. kena ikut juga prosedur
Mustaffa Yasin dan entrinya..Tempoh Siap Pasport 5 Hari Bukan 1 Jam