The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Tebus BIG Points AirAsia Sebelum Terlambat

Cara Menebus BIG Points AirAsia (1)

AirAsia menawarkan peluang kepada para pelanggannya yang memiliki mata BIG Points untuk membuat penebusan mata bagi penerbangan ke destinasi terpilih sebelum 10 Januari 2016.

Terma & Syarat

Kadar penebusan Penerbangan ditetapkan oleh AirAsia dan tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa mengikut budi bicara tunggal dan mutlak AirAsia. Penebusan penerbangan dengan BIG Point tidak termasuk cukai lapangan terbang dan lain-lain caj yang berkenaan. Anda akan perlu membayar yuran-yuran , cukai , levi, dan / atau caj yang berkenaan berasingan. Semua penebusan penerbangan adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat AirAsia yang boleh didapati di http://www.airasiabig.com.

BIG Points yang tertera adalah tepat mengikut tarikh penyata dan tertakluk kepada sebarang penukaran. Untuk memastikan emel pemberitahuan dihantar terus ke peti masuk emel anda, sila daftarkan promotion@airasiabig.com ke tetapan senarai emel anda.

Membuat Penebusan

Memandangkan saya ada sedikit BIG Points, saya telah memilih penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuching pada hujung bulan Februari nanti.

Cara Menebus BIG Points AirAsia (2)

Seperti terma dan syarat yang ditetapkan, bayaran untuk cukai lapangan terbang dan lain-lain caj tidak boleh dibuat dengan penebusan BIG Points. Ini bermakna anda perlu membuat sedikit bayaran menggunakan wang sendiri.

Cara Menebus BIG Points AirAsia (3)

Oleh kerana BIG Points saya tidak mencukupi untuk membayar premium insurans perjalanan, maka saya akan membuat pembelian kemudian dengan bayaran sendiri.

Cara Menebus BIG Points AirAsia (4)

Secara ringkasnya, saya membayar RM20.28 sahaja untuk perjalanan kali ini (tidak termasuk insurans perjalanan lebih kurang RM46++).

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam