The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Mari Ke Pasar Tamu KPD Likas, Sabah Hujung Minggu Ini

Tamu KPD Likas, Sabah

Pada hujung minggu ini 23 Mac 2014 akan berlangsung Tamu KPD (Koporasi Pembangunan Desa) di Kompleks Pemasaran KPD, Teluk Likas, Kota Kinabalu. Pelbagai tawaran menarik terutamanya produk keluaran desa boleh didapati di sini.

Di antara barangan yang akan dijual adalah;

Hasil-hasil Ternakan Desa
Daging Ayam Segar, Daging Lembu Segar, Ayam Kampung Hidup,Daging Ayam Kampung Segar.

Hasil-hasil Tanaman Desa
Sayur-sayuran tanah tinggi, sayur-sayuran kampung asli, cendawan segar, beras bukit, bibit buah-buahan dan tanaman hiasan, halia, keladi, kundur, ubi manis, nenas, limau kapas, limau kasturi, kelapa muda, kelapa tua, betik dan bermacam-macam lagi.

Masa tamu ini bermula pada pukul 6.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Peta Lokasi Tamu KPD, Likas


View Tamu KPD in a larger map

Kredit: http://www.sabah.gov.my

Carian Yang Berkaitan:

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam