The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Warna-Warni Gambar Di Tamu Besar Kota Belud 2012

Hujung minggu lepas saya habiskan masa bersama isteri dan anak-anak dengan menyaksikan sendiri Tamu Besar Kota Belud. Tamu ini diadakan secara besar-besaran dan dijadikan sebagai acara tahunan dan dimasukkan di dalam kalendar pelancongan Negeri Sabah.

Tanda Nama | Pekan Kota Belud

Tanda Nama | Pekan Kota Belud

Ramai pengunjung dari dalam dan luar negara turut serta memeriahkan lagi Tamu Besar Kota Belud ini. Pelbagai acara diadakan dan sudah pasti kebanyakannya melibatkan kepantasan penunggangan kuda. Antara acara yang sempat saya saksikan sendiri adalah seperti Tarian Kuda Bajau, ia melibatkan sebanyak 120 ekor kuda dan berjaya mempamerkan 6 tarian yang membentuk nombor 49, 1M, tudung saji, bunga raya dan dua lagi formasi yang saya tidak ingat namanya.

Permainan rakyat seperti main bola berkuda, main bola jaring berkuda, rebut kerusi berkuda, tarik tali berkuda juga turut dipersembahkan. Amat meriah suasana petang semalam walaupun hujan turut seketika membasahi bumi Kota Belud.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Kerajaan Negeri Sabah. Bagi saya, pesta ini seperti kurang promosi dan rakan-rakan di Kota Kinabalu tidak menyedari pesta ini sudah berlangsung. Semoga pihak yang berwajib akan mewar-warkan pesta sebegini dengan lebih hebat pada masa akan datang.

Gambar Sekitar Tamu Besar Kota Belud

Gadis Bajau | Tamu Besar Kota Belud

Gadis Bajau | Kota Belud, Sabah

Si Ketua | Tamu Besar Kota Belud

Si Ketua | Kota Belud, Sabah

Gaya Pahlawan | Tamu Besar Kota Belud

Gaya Pahlawan | Kota Belud, Sabah

Koboi | Tamu Besar Kota Belud

Koboi | Kota Belud, Sabah

Koboi Generasi Muda | Tamu Besar Kota Belud

Koboi Generasi Muda | Kota Belud, Sabah

Anda boleh ikuti Flickr saya juga. Klik di sini ya.  🙂

Carian Yang Berkaitan:

15 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam