The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Tammoyo Place, Penginapan Terbaru Di Pulau Banggi, Kudat

Bila membicarakan mengenai industri pelancongan di Sabah khususnya di Pulau Banggi, Kudat ianya tidaklah sehebat Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan beberapa pulau yang lain di Sabah yang sudah dikenali ramai.

Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Bajau Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Kagayan, dan ?uluk.

Namun, pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan ke pulau terbesar di Malaysia dengan berkeluasan 440.7 kilometer persegi ini sedikit sebanyak memberi kesan terutamanya dari sektor ekonomi, pendidikan dan sosial penduduk.

Saya sendiri pernah melalui jalan tanah dan berbatu di Pulau Banggi untuk menjalankan tugasan kerja. Jika tidak bernasib baik, perjalanan terpaksa dibatalkan kerana jalan putus dan terpaksa menaiki bot untuk sampai ke mana-mana destinasi di pulau ini.

Dari segi ekonomi, saya sendiri saksikan dengan mata sendiri para penduduk pulau semakin berusaha untuk memajukan ekonomi masing-masing. Kita boleh lihat sendiri dengan adanya stesen minyak (walaupun kecil), gerai makan, gerai jualan, pembiakan kelulut, pembinaan rumah burung walit membuktikan pulau ini semakin berdaya saing dengan tempat lain di Sabah.

Perjalanan dari Pekan Kudat ke Pulau Banggi adalah dengan menaiki feri penumpang setiap pukul 9.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari dengan tambang RM20.00 sehala.

Penginapan Tammoyo Place, Pulau Banggi, Kudat

Kg. Nusa-Nusa, Banggi

Penginapan Tammoyo Place, Pulau Banggi, Kudat

Tammoyo Place, Pulau Banggi, Kudat

Saya tertarik dengan pembinaan Tammoyo Place yang terletak di Kampung Nusa-Nusa, Pulau Banggi yang diusahakan oleh Encik Romeo selaku pengerusi JKKK di sana.

Penginapan Tammoyo Place, Pulau Banggi, Kudat

Penginapan Tammoyo Place, Pulau Banggi, Kudat

Pembinaan giat dijalankan.

Tempat ini masih baru lagi dan masih dalam pembinaan. Namun beberapa unit penginapannya sudah sedia untuk disewakan. Sewa sekitar RM150 ke atas.

Penginapan Tammoyo Place, Pulau Banggi, Kudat

Antara unit yang sudah boleh disewa.

Penginapan Tammoyo Place, Pulau Banggi, Kudat

Jalan berbatu ke Penginapan Tammoyo Place.

Jarak Tommoyo Place ini dari Pekan Karakit, Pulau Banggi lebih kurang 35km dengan melalui jalan berturap dan jalan berbatu. Pengangkutan awam di sini adalah van dengan kadar RM10 sehala.

Saya akui, ianya agak mencabar namun berbaloi bila dapat sampai di sebuah tempat yang tenang TANPA ELEKTRIK, lanskap hijau dan biru.

Beberapa aktiviti yang sedang diusahakan dan boleh dilakukan di sini adalah seperti;

  • Memancing
  • Menangkap ketam bakau
  • Snorkeling / menyelam
  • Merentas hutan
  • Barbeku
  • Beberapa aktiviti pantai yang lain.

Jika diberikan kesempatan pada masa akan datang, saya akan bawa ahli keluarga untuk bercuti di sini.

Jika anda berminat untuk menginap di sini, boleh hubungi saya.

p/s: Bersebelahan Tammoyo Place ada sebuah lagi penginapan iaitu Pelmanis (adik beradik kepada En. Remeo) dan anda juga boleh menginap di Hotel Karakit yang terletak di Pekan Karakit.

Carian Yang Berkaitan:

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam