The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Berkelah Di Pusat Rekreasi Tagal Kampung Poturidong, Kiulu

Pekan Kiulu memang terkenal dengan aktiviti ‘White Water Rafting’. Ramai pengusaha aktiviti sukan lasak ini sepanjang sungai di daerah ini. Selain beraktiviti lasak, pengunjung boleh bermalam di beberapa homestay di sini seperti Pukak Homestay, Matibang Homestay dan beberapa homestay lain.

Pekan Kiulu tidak berapa jauh dari Pekan Tamparuli, namun anda perlu berhati-hati ke sini kerana keadaan jalannya berbukit dan terdapat beberapa tempat jalannya mengalami masalah tanah runtuh.

Kami sekeluarga bersama rakan-rakan mengambil kesempatan cuti sekolah dan cuti hujung minggu untuk berkunjung ke Pusat Rekreasi Tagal Kampung Poturidong di Kiulu pagi tadi.

Tagal Kampung Poturidong, Kiulu

Pada asalnya kami cuba untuk menyeberangi ‘Low Level Crossing‘ menuju ke Kampung Pituridong, namun kerana arus deras kami terpaksa mengubah haluan ke satu lagi jalan masuk ke sana tidak berapa jauh dari jalan masuk yang ditenggelami air tadi. Cuma, kereta terpaksa di letak di seberang sungai dan melintas sungai dengan melalui jambatan gantung. Anak-anak cukup seronok meniti jambatan gantung. Saiz jambatan yang lebih kecil dari Jambatan Gantung Tamparuli dan sedikit usang  boleh membuatkan rasa cuak juga semasa melaluinya.

Tiada pengunjung semasa kami tiba di sana. Kelihatan air deras mengalir dan sedikit keruh. Menurut Pengerusi Tagal Kampung Poturidong  Encik Juara Gindal, keadaan seperti ini berlaku sejak bulan oktober lepas dan sedikit sebanyak mempengaruhi kedatangan pengunjung ke sana. Beliau turut risau dengan keselamatan para pengunjung memandangkan arus deras membahayakan mereka.

Jika anda berhasrat untuk ke Pusat Rekreasi Tagal Kampung Poturidong, boleh hubungi Encik Juara di talian telefon seperti yang tertera di bawah artikel ini bagi mengetahui keadaan sungai samaada sesuai untuk berkelah atau sebaliknya.

Kemudahan yang disediakan adalah;

  • Tempat BBQ
  • Pondok Rehat
  • Tandas/Bilik Persalinan
  • Tempat letak kereta
  • WiFi (Kampung Tanpa Wayar KTW)

Gambar di Pusat Rekreasi Tagal Kampung Poturidong, Kiulu

MUS_7546
– Zon Tagal

MUS_7547
– Simpang masuk kampung

MUS_7550
– Tempat meletak kenderaan yang terhad

MUS_7553
– Jambatan gantung ke kampung

MUS_7555
Sungai yang menjadi laluan aktiviti ‘Water Rafting’

MUS_7557
– Jambatan gantung

MUS_7559
– Notis makluman bayaran masuk

MUS_7560
– Tapak rekreasi bersebelahan jambatan gantung

MUS_7563
– Anak-anak sedang melihat aktiviti memberi makan ikan

MUS_7564
– Papan tanda amaran

MUS_7574
– Memberi makan ikan

MUS_7578
– Anak-anak suka mandi sungai

MUS_7579
– Sambungan internet Kampung Tanpa Wayar

MUS_7587
– Jambatan gantung menjadi nadi utama untuk menyeberangi sungai terutama ketika air ‘besar’

MUS_7588
Kerja membersih halaman tapak rekreasi

MUS_7590
– Anak-anak suka bermain dengan ikan

 

Video Memberi Makan Ikan

Peta Ke Kampung Poturidong, Kiulu

Hubungi;
En. Juara Gindal
Tel: 016-8227347
Facebook: Rekreasi Tagal Kg Poturidong Kiulu

Carian Yang Berkaitan:

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam