Kali ini aku meng’klik’ shutter dslr di Taman Awam Teluk Likas . Ramai sangat pengunjung hari ni.. Maklumlah, cuti ! Ditambah dengan sambutan ke-10 Kota Kinabalu diiktiraf sebagai Bandaraya.

 

Kerana malu, model cilik aku iaitu Amyra tak banyak buat pose yang menarik. Aku yang masih baru dalam fotografi kena selalu berlatih untuk tajamkan mata dan skill / teknik fotografi yang betul.

Naik ikut kelas fotografi tak mampu.. Mana tak, agak mahal bagi aku. Aku seperti dulu, ketika baru belajar html tag pada tahun 1998 yang mengamalkan konsep / teknik Try & Error!

p/s:

  • myFingerClix Photo adalah nama team fotografi yang aku cadang guna bila dah pro nanti (entah bilalah tu..)
  • Terima kasih kepada Mohd.Isa kerana Plugins SEO Smart Link tu ( korang perasan tak? Entri aku kali ini penuh dengan tagging?)
Related Posts with Thumbnails