Menunggu Kelahiran Zuriat Ke-3!
Posts tagged Lahad Datu
Berkhidmat Untuk Masyarakat Luar Bandar Sabah
Sep 8th
Posted by Mustaffa Yasin in Gambar

Sudah 1 tahun 3 bulan aku berkhidmat di Sabah. Memang tidak dapat dinafikan, Sabah memang cantik dan menarik. Pemandangan dari gunung hingga ke laut membuatkan sesiapa pun akan terpukau akan keindahannya. Syukur kepada Allah!
Aku berkhidmat untuk masyarakat luar bandar bersesuaian dengan kementerian yang menjadi majikan aku sekarang. Mula-mula mendapat surat arahan untuk posting di Sabah, aku dah cukup gembira kerana Sabah bersebelahan dengan Sarawak.

Kiranya untung jugak dapat kerja di Sabah. Sambil bekerja sambil melancong. Banyak tempat yang aku dah terokai. Semuanya memang menarik.

Banyak lagi gambar.. nantilah upload ke picasa web. Makanan/minuman yang aku suka di Sabah ni adalah air kicai ping (air limau asamboi sejuk), nasi goreng payau (nasi goreng daging rusa)

Sekian untuk entri kali ni..


Recent Comments