Menunggu Kelahiran Zuriat Ke-3!
Posts tagged Kota Kinabalu
Al-Kisahnya.. Photoshoot di Waktu Petang
Feb 7th
Posted by Mustaffa Yasin in Gambar

Kali ini aku meng’klik’ shutter dslr di Taman Awam Teluk Likas . Ramai sangat pengunjung hari ni.. Maklumlah, cuti ! Ditambah dengan sambutan ke-10 Kota Kinabalu diiktiraf sebagai Bandaraya.
Kerana malu, model cilik aku iaitu Amyra tak banyak buat pose yang menarik. Aku yang masih baru dalam fotografi kena selalu berlatih untuk tajamkan mata dan skill / teknik fotografi yang betul.
Naik ikut kelas fotografi tak mampu.. Mana tak, agak mahal bagi aku. Aku seperti dulu, ketika baru belajar html tag pada tahun 1998 yang mengamalkan konsep / teknik Try & Error!
p/s:
- myFingerClix Photo adalah nama team fotografi yang aku cadang guna bila dah pro nanti (entah bilalah tu..)
- Terima kasih kepada Mohd.Isa kerana Plugins SEO Smart Link tu ( korang perasan tak? Entri aku kali ini penuh dengan tagging?)
Berkhidmat Untuk Masyarakat Luar Bandar Sabah
Sep 8th
Posted by Mustaffa Yasin in Gambar

Sudah 1 tahun 3 bulan aku berkhidmat di Sabah. Memang tidak dapat dinafikan, Sabah memang cantik dan menarik. Pemandangan dari gunung hingga ke laut membuatkan sesiapa pun akan terpukau akan keindahannya. Syukur kepada Allah!
Aku berkhidmat untuk masyarakat luar bandar bersesuaian dengan kementerian yang menjadi majikan aku sekarang. Mula-mula mendapat surat arahan untuk posting di Sabah, aku dah cukup gembira kerana Sabah bersebelahan dengan Sarawak.

Kiranya untung jugak dapat kerja di Sabah. Sambil bekerja sambil melancong. Banyak tempat yang aku dah terokai. Semuanya memang menarik.

Banyak lagi gambar.. nantilah upload ke picasa web. Makanan/minuman yang aku suka di Sabah ni adalah air kicai ping (air limau asamboi sejuk), nasi goreng payau (nasi goreng daging rusa)

Sekian untuk entri kali ni..




Recent Comments