Menunggu Kelahiran Zuriat Ke-3!
Posts tagged kacang lupakan kulit
“Wahai Mus..Kenapa Kau Mendustai Cintaku?” tanya Si N Kekasih lamaku.
Feb 9th
Layan lagu ni dulu.. Ambil feel dulu sebelum baca entri 18SH (Sangat Sedih) ni.
Begitulah kisahku..
Seperti lagu itu menceritakan segalanya.. Biar aku simpulkan..
Lagu yang ditujukan kepada aku kerana aku dengan SENGAJA telah mendustai kekasih hatiku si N. Cinta yang bersemi sekian lama akhirnya hancur begitu sahaja.
Ini pilihan yan berat aku kena buat. Aku terpaksa melepaskan si N walaupun aku masih sayangkannya..
Aku bukan nak membuka pekung di dada.. cuma hanya di sini sahaja aku mampu meluahkan apa yang terpendam sekian lama..
Luahanku..
Aku setia selama ini, membelai, memanjakan Si N.. namun usahaku tidak dihargai. Malah aku dibiarkan terkapai-kapai bersendirian hanyut di lautan api. Hari-hariku kian malap kerana rakan-rakan dan kaum keluargaku seperti menghalang hubungan ku dengan si N. Aku tak tahu mengapa? Apa salah si N?
Antara Si N dan rakan-rakan.. aku pilih rakan-rakan. Aku tahu, Si N menyedari perubahan yang berlaku. Si N sedar dia semakin dibenci rakan-rakanku. Kerana aku tak tahan.. aku lepaskan si N.
Biarpun si N telah banyak membantu dari segi kewangan ku.. aku akan ingat selalu jasa si N itu. Aku bukanlah seorang manusia yang seperti ‘Kacang Lupakan Kulit’..
Namun, kegelapan aku sebentar sahaja dengan kehadiran Si I.
Aku bahagia bersama si I sekarang!!
Andai ada jodoh lagi untuk bersama si N lagi nanti.. apa salahnya..
STOOOPPP! STOOP! STOP!!..
p/s: entri apakah ini? aku yang menulis pun kebingunggan!!


Recent Comments