The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Percutian Indah di Sunway Putra Hotel

Memandangkan awal tahun merupakan antara bulan yang agak stress, weekend getaway kali ni aku nak free and easy je. Sebelum ni bila travel dengan kawan-kawan atau family selalunya akan stay dekat budget hotel or chalet, takpun guesthouse. Untuk short retreat kali ni taknak travel jauh pun, just nak lepak santai, makan dan relax semata-mata, so aku decide untuk menginap di hotel yang agak mewah dan selesa di tengah-tengah bandaraya KL sebagai reward kepada diri sendiri.

Setelah survey beberapa hotel secara online, Sunway Putra Hotel menjadi pilihan. Antara salah satu sebab aku pilih hotel ni ialah kebanyakan review yang diberikan tentang hotel ini adalah sangat baik dan positif. Kemudahan yang disediakan memenuhi bajet dan citarasa aku yang kaki shopping.

Kenapa Perlu Menginap di Sunway Putra Hotel?

Peta Ke Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Lokasi strategik hotel – Rujuk Google Map

Bila dah pilih untuk menginap di KL semestinya kita nak tengok pemandangan KL yang cantik dari bilik hotel yang tinggi especially pada waktu malam. Kepada yang minat fotografi ‘light trail’, jangan lupa bawa DSLR anda ya!.

Keduanya, boleh shopping sepanjang hari hehe. Untuk pengetahuan, hotel ni bersambung dengan 8 tingkat shopping mall yang dikenali sebagai Sunway Putra Mall dan ini memudahkan hotel guest untuk membeli belah tanpa perlu keluar dari bangunan hotel. Di dalam mall ini juga terdapat pelbagai pilihan tempat makan dan minum serta panggung wayang.

Ruang Parkir & Shuttle PERCUMA.

Free public parking juga disediakan untuk hotel guest. Selain itu, hotel guest juga boleh pergi ke mana-mana tempat menarik sekitar KL menggunakan public transportation berhampiran hotel seperti LRT. Perkhidmatan shuttle percuma juga disediakan setiap hari ke certain tourist attraction seperti KLCC dan Pavilion dan juga kembali ke hotel.

Mesra Pengangkutan Awam.

Merupakan rangkaian salah sebuah Sunway hotel KL, Lokasi hotel ini sangat ideal di mana ianya terletak bertentangan dengan PWTC dan berdekatan dengan pusat bandar. Selain memandu sendiri ke hotel, hotel ini juga mudah diakses menggunakan pengangkutan awam contohnya LRT dan KTM. Untuk ke hotel ini, boleh turun di stesen PWTC menggunakan LRT dan berjalan kaki 100 meter ke arah Sunway Putra Mall atau jika menggunakan KTM Komuter berhenti di stesen Putra dan berjalan kaki ke Sunway Putra Mall  yang mengambil masa dalam 5 minit dan proceed ke lobi hotel di tingkat 9. Terdapat jambatan berbumbung untuk pejalan kaki sepanjang perjalanan dari stesen LRT dan KTM ke hotel.

Masa Check-In & Check-Out.

Bilik Di Sunway Putra Hotel

Salah satu bilik hotel

Waktu check-in hotel adalah pada jam 3 petang dan check-out pada 12 tengahari. Semasa check-in  Sunway hotel Kl ni, wi-fi percuma juga akan diberikan kepada penginap hotel. Bilik yang aku pilih ialah Deluxe Double Bed room yang menyediakan 1 king-sized bed (sangat selesa dan empuk), flat-screen TV, shower, hair dryer, free toiletries, tuala, kemudahan menyeterika dan cerek elektrik.

Toiletries Percuma

Toiletries Percuma & Kelengkapan Moden

Bilik hotel ni sangat luas dan bersih serta mempunyai hiasan dalaman bilik yang  moden. Suasana bilik yang very relaxing ni memang sesuai untuk guest yang datang semata-mata untuk merehatkan diri seperti aku.

Makanan Sedap & Memenuhi Selera Anda.

Staff hotel juga ada memberitahu terdapat dua tempat menjamu selera di hotel ni iaitu Coffee House dibuka sepanjang hari dari jam 6 pagi hingga 10 malam di tingkat 9 dan Gen (Japanese restaurant) di tingkat 10 yang menawarkan pilihan menjamu selera sambil menikmati pemandangan KL yang mengagumkan. Coffee House menyediakan hidangan buffets dari pelbagai pilihan dan jenis makanan seperti Western dan local food seperti Nasi Lemak dan kesemuanya dijamin halal. Kebanyakan makanan yang disediakan sangat fresh dan sungguh menyelerakan.

Restoran di Sunway Putra Hotel

Hidangan terbaik di restoran Sunway Putra Hotel

Tempat yang wajib pegi dalam hotel ini ialah outdoor swimming pool yang sangat instagram-worthy. Terdapat dua saiz kolam renang, iaitu satu kolam untuk orang dewasa dan satu lagi kolam untuk kanak-kanak. Hot tub jacuzzi pun ada disediakan. Yang paling best adalah view swimming pool ni yang menghadap Menara Berkembar Petronas (a.k.a KLCC Twin Tower) dan Menara Kuala Lumpur. Memang jelas kelihatan dua pencakar langit ni bila cuaca panas dan cerah. Bukan itu sahaja, pemandangan waktu malam di area kolam renang ini juga sangat cantik dengan diterangi lampu yang bergemerlapan dari bangunan dan mercu tanda sekitar Kuala Lumpur.

Kolam renang di Sunway Putra Hotel

Kolam renang di Sunway Putra Hotel

Kesimpulan.

Overall, I had an amazing and relaxing time at this hotel. Walaupun tempoh penginapan di hotel ni sangat singkat dan lokasinya di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, tapi ianya sangat berbaloi and is highly recommended!

Kredit Gambar: https://www.traveloka.com/en-my/

Carian Yang Berkaitan:

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam