The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

SUKMA Sarawak Ke-18 (22 hingga 31 Julai 2016)

SUKMA Kali Ke-18 Di Negeri Sarawak

SARAWAK ADALAH TUAN RUMAH SUKAN MALAYSIA XVIII (SUKMA KE-18) 2016

Dari saat Sarawak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia XVIII (Sukma ke-18), Kerajaan Negeri Sarawak bersama-sama dengan atlet atlet sukan tempatan, persatuan persatuan sukan, jabatan kerajaan dan sukarelawan, telah berganding bahu untuk tujuan yang sama – iaitu untuk mengadakan temasya Sukma yang terbaik.

Dengan segala tumpuan diberikan kepada Sukma Sarawak 2016, mereka yang terlibat dalam penganjurannya telah bekerja keras dalam persediaan untuk ekstravaganza sukan di mana ia akan menunjukkan layanan yang mesra Sarawak yang terkenal pada skala yang mungkin tidak pernah dilihat sebelum ini.

Banyak daripada persediaan yang telah dibuat turut mengubah landskap di Sarawak seperti pembinaan kemudahan kemudahan sukan baru dan menaik taraf fasiliti yang sedia ada.

Beribu-ribu atlet berserta jurulatih mereka, pegawai pasukan dan pengunjung lain sama-sama dijangka datang ke Sarawak untuk Sukma ke-18 yang akan diadakan dibandaraya Kuching, Kota Samarahan, Sibu dan Miri dari 22hb-31hb Julai 2016 nanti.

Kerajaan Sarawak telahpun menubuhkan Jawatankuasa Pengelola dalam persediaan untuk penganjuran Sukma ke-18 yang diketuai oleh mantan Menteri Pembangunan Sosial Sarawak (KPS) dan kini oleh Menteri Belia dan Sukan dan Solidariti (KBSS) yang akan menyelia 24 jawatankuasa kecil lain.

Sekretariat Sukma ke-18 turut ditubuhkan pada 1hb April 2015 dan dikendalikan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan yang turut ditugaskan untuk menyelia pengambilan sukarelawan teknikal dan sukan bagi membantu kelancaran penganjuran kesemua 24 acara sukan yang akan diadakan.

Apa yang lebih penting adalah semangat dan komitmen yang telah ditunjukkan dalam perancangan dan menyelengaraan sebelum berlangsungnya Sukma ke-18 dimana kira-kira 6,000 atlet dan 1,000 pegawai dari seluruh Malaysia dan negara Brunei Darulsalam.

Logo SUKMA Kali ke-18

Logo SUKMA Kali ke-18 (Sarawak 2016)

Dalam Sukma ke-18, sebanyak 24 sukan yang dipertandingkan dimana 19 adalah sukan wajib manakala baki 5 adalah sukan pilihan.

Sukan wajib tersebut adalah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal, bola sepak, hoki (lelaki dan wanita), karate, boling padang, memanah, menembak, olahraga, silat, 10-pin boling, wushu, bola tampar tertutup, tenis, skuasy sepak takraw dan taekwondo manakala 5 sukan plihan adalah petanque, golf, gimnastik, tinju dan pelayaran.

Perkampungan Sukan rasmi adalah di kampus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan manakala gelanggang gelanggang rasmi pertandingan adalah dibandaraya Kuching dan di Kota Samarahan di mana 19 jenis sukan akan diadakan, manakala bandar Sibu akan menjadi tuan rumah acara badminton dan bola tampar dewan dan bandaraya Miri menjadi tuan rumah acara karate, sepak takraw dan pelayaran.

Upacara pembukaan rasmi untuk Sukma ke-18 akan diadakan di Stadium Sarawak, Petra Jaya, Kuching pada 23 Julai dan majlis penutupan akan diadakan ditempat yang sama pada 31hb Julai.

Maskot rasmi untuk Sukma ke-18 adalah Satria dan Satrina manakala slogan rasmi adalah Perpaduan Dalam Kepelbagaian.

Kredit: SUKMA Sarawak 2016 (FB)

Jadual Pertandingan SUKMA Sarawak 2016

Jadual Pertandingan SUKMA Kali Ke-18 Di Negeri Sarawak

Jadual Pertandingan SUKMA Sarawak 2016

Lokasi Pertandingan SUKMA Sarawak 2016

City Competition Venue Sports
Kuching Sarawak Stadium Opening and closing ceremony, Athletics
Sarawak State Stadium Football
Petra Jaya Unity Stadium Taekwondo, Gymnastics (Artistic)
Kuching South City Council Stadium Gymnastics (Rhythmic), Boxing
Sarawak Lawn bowls Stadium Lawn bowls
Sarawak Hockey Stadium Hockey (Men)
Paku High School Hockey Field Hockey (Women)
Bukit Siol Kuching, Politeknik Matang, Federal Administrative Center Cycling
Sarawak Lawn Tennis Association Tennis
Chung Hua No.3 Primary School Wushu
Sarawak Aquatics Stadium Aquatics
Sarawak Squash Court Squash
Megalane Bowling Center, Batu Kawa Bowling
Sarawak Petanque Center Petanque
Sarawak Shooting Center Shooting
Sarawak Golf Club Golf
Samarahan Universiti Malaysia Sarawak Archery
Kota Samarahan Indoor Stadium Pencak silat
Universiti Teknologi MARA Weightlifting
Miri Miri City Stadium Karate, Sepak takraw
Marina Bay Miri Sailing
Sibu Taman Rejang Stadium Volleyball
Sibu Indoor Stadium Badminton

 

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam