
KEMBALI KE ALAM MAYA – Alhamdulillah.. Akhirnya aku mampu tersenyum kembali. Dengan adanya Streamyx di rumah, aku akan kembali ke alam maya. Tugasan yang perlu diselesaikan memang banyak menunggu. Pelbagai kisah sepanjang merempat sehingga ke cyber cafe semata-mata untuk mendapatkan sambungan internet. Teringat kembali kisah gian mIRC masa dulu-dulu.
Info Mengenai Streamyx
Streamyx ialah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar bertalian tetap yang paling dominan di Malaysia yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Bhd) melalui anak syarikatnya TM Net.
TM Net diasaskan pada tahun 1995 oleh Telekom Malaysia Bhd, kini dikenali sebagai TM Bhd. Mula-mulanya TM Net menawarkan perkhidmatan internet berdail-masuk selaju 56kbps. Ujian xDSL pertama dijalankan oleh TM melalui sistem HiS yang dilancarkan bersama syarikat Ericsson pada tahun 1999. Streamyx akhirnya dilancarkan pada April 2001 pada kelajuan 384kbps.
Pada Jun 2007, TMnet melancarkan khidmat 4mbps, iaitu yang paling laju di bawah jenama Streamyx.
Pada 24 Mac 2010, TM melancarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan sehingga 20Mbps di bawah nama UniFi, dan tidak tergolong dalam pakej Streamyx.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Streamyx
like streamyx sbb laju dan stabil..download file 500mb amek masa 2-3jam tpi kalau unifi huhu setengah jam lebih je hehehe..!!!
Em,pakai streamyx ni memang puas hati,tapi kat umah sewa saya tak leh pasang streamyx sebab tuan rumah tak bagi…huhu.
Terpaksalah pakai broadband buat masa ni…
BroZooL dan entrinya..Panggil Semula Email Outlook Yang Dihantar
memang begitulah adat menyewa bro..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Pantai Kenangan Di Bongawan Wajib Dilawati Kalau Ke Sabah
sy boleh je..sy pon duk umah sewa gk nti pindah rumah kne la bwk skali kabel dan modem semua ..!!!
Streamyx best bila prestasinya ok, tapi kalau meragam, pening juga nak slow talk dengan operator, nanti ko akan alaminya hehe
streamyx lebih stabil dari broadband, sesuai utk blogger yg hari-hari update
ya bro.. memang dah adat
bila ok dipuji..
bila dah ko dikeji..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Mee Tuaran Makanan Tradisi
Pingback: WordPress Plugins to Make Your Blog Mobile Friendly | my.Mustaffa
Saya tidak masalah mengunakan Streamyx cuma jangan offline disebabkan kilat dan kelajuan 1Mbps macam tidak cukup sahaja. Kalau ada Unifi mahu saja langgan
memang betul tu.. unifi memang mantop!! insyaallah kalau dah ada di KK ni.. mahu juga nak subscribe..
Semoga lebih kerap berblog dengan adanya streamyx ni….

Sabahan Bloggers Club dan entrinya..Check saman online
ya.. sudah pasti!!
dah ada beberapa entri dah set untuk schedule post..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Tindakan Nekad Berhenti Blogging
bro dah ada yg baru jasa yg lama d lupa jangan heeee
celcom tu temporary disconnect
Streamyx lagi ok compare dgn broadband. itu pengalaman saya lah.
afzal laidin dan entrinya..3 Teknik FB Marketing Yang Perlu Dielakkan
memang betul tu bro.. ada peningkatan sedikit dari segi kelajuan.. celcom broadband dulu seringkali disconnect..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Calendar Of Event – June 2011- Sabah Tourism Board
celcom pon c0mpany tm admin..abg sy keje VADS celcom kt TTDI..!!!
Nanti bagitaulah status kegunaan cemna.. Yelahkan, pelik jugak sebab ramai yang complaint streamyz..
decrewz dan entrinya..Download Video Maharaja Lawak Astro Minggu Ke 9 Full
nilah bro.. baru nak test streamyx.. kalau ni pun ada prob.. kena tukar juga.
Kat sini tak da choice lain
Mustaffa Yasin dan entrinya..Calendar Of Event – June 2011- Sabah Tourism Board
harapnya ini adalah perkembangan yang baik..
naimulfirdaus dan entrinya..mari promosi blog anda
ya. insyaallah..
zaman giler mIRC dulu, aku hari2 pegi cyber cafe.. kalo kira balik semua duit yang aku habiskan kat cc tu, rasanya beribu kot..
Anarm dan entrinya..Blog Ni Pun Nuffnang Bagi Buffered Earnings
memang besar impak mIRC tu..
aku semakin laju menaip..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Pemandangan Kota Kinabalu Dari Atas Bukit Kokol
Tahniah kerana telah berjaya online semula
Cuma jangan lupa pasang “lightning arrestor” untuk keselamatan modem dan peralatan yang berkaitan

anif dan entrinya..Makan Dahulu
lighting arrestor tu wajib.. kalo tak, memang bahaya la online time hujan.. sambor dek kilat kang..
Anarm dan entrinya..Blog Ni Pun Nuffnang Bagi Buffered Earnings
lightning arrestor yang dimaksudkan macam mana bentuknya tu bro?
adakah seperti ini http://www.mudah.my/Surge+and+Lightning+Arrestor-9437016.htm ?
Mustaffa Yasin dan entrinya..Pemandangan Kota Kinabalu Dari Atas Bukit Kokol