The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Projek Hujung Minggu : Sticker ‘Army Camouflage’ Pada Lens Hood Kamera

Sticker 'Army Camouflage' Pada Lens Hood Kamera

Sticker ‘Army Camouflage’ Pada Lens Hood Kamera

Hujung minggu ini saya bahagikan masa dengan membelai peralatan fotografi saya. Semuanya saya keluarkan dari ‘Dry Cabinet‘ dan dilakukan proses membuang habuk dengan ‘blower‘ dan ‘lens pen‘. Peralatan asas sahaja yang saya gunakan. Dari body, lens, lens hood kamera, semuanya siap saya bersihkan.

Selain itu, saya ada membuat sedikit penampilan khas pada lens kamera saya. Pada asalnya saya membeli dua keping kertas sticker iaitu ‘Army Camouflage’  dan ‘3D Fiber Carbon’. Akhirnya selepas membuat keputusan, saya melekatkan sticker bercorak ‘Army Camouflage’ pada lens hood kamera. Saya akui saya memang sukakan corak ‘Army Camouflage’.

Cantikkan Lens Hood Dengan Kos Rendah

Projek hujung minggu ini tidaklah memerlukan belanja yang besar, ia kurang dari RM20.  Bahan-bahan yang diperlukan adalah;

  1. Kertas sticker
  2. Pisau kecil
  3. Pengering rambut – pinjam dari isteri
  4. Papan Pemotong / Kotak tebal

Untuk hasil kerja kali ini saya masih kurang berpuas hati kerana kurang kekemasannya. Lain kali bolehlah saya buat sekali lagi.

Bagi yang nak memasang sticker di atas, boleh rujuk cara memasang sticker fiber carbon di diyphotography.net ia sama sahaja.

Jika mahu membeli lens coat ini untuk keseluruhan lens terpilih, harga biasanya dalam lingkungan RM498.00 ke atas.

Contohnya:

LensCoat Lens Cover For Nikon 70-200mm f/2.8G VR II Lens (Forest Green Camo)

Carian Yang Berkaitan:

14 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam