The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Soalan Popular Mengenai Bagasi Penerbangan AirAsia

Soal Jawab Pertanyaan Mengenai Bagasi AirAsia

Soal Jawab Pertanyaan Mengenai Bagasi AirAsia

Selepas melakukan Daftar Masuk Sendiri, apakah perubahan boleh saya lakukan kepada tempahan saya, boleh saya boleh menambah makanan dan tempat duduk?

Penumpang dibenarkan untuk melakukan Daftar Masuk Sendiri melalui Web / Mobile / Kiosk dan setelah dilakukan, penumpang dibenarkan untuk melakukan perubahan berikut untuk tempahan mereka;

  1. Bagasi supersize (anda boleh membeli / menaiktaraf bagasi sehingga 4 jam sebelum masa berlepas.)
  2. Yuran Peralatan Sukan (sekiranya anda akan membawa peralatan sukan) Tidak pasti apa yang dianggap sebagai peralatan sukan, sila klik Pautan ini dan masukkan bandar destinasi anda contohnya: Kuala Lumpur ke Singapura. http://www.airasia.com/my/ms/our-fares/fees-and-charges.page?
  3. Membeli atau menukar makanan (anda boleh menambah dan menukar makanan sehingga 24 jam sebelum masa berlepas)
  4. Pembelian Kit Keselesaan (anda boleh membeli / menambah sehingga ini sehingga 24 jam sebelum masa berlepas)
  5. Insurans
  6. Skybus
  7. Tune Talk
  8. Pilihan Tempat Duduk (anda boleh memilih tempat duduk  sehingga 4 jam sebelum masa berlepas)

Apakah perbezaan antara bagasi lebihan dengan bagasi supersize?

Bagasi supersize pratempah ialah peruntukan bagasi yang ditempah jika anda akan mendaftar masuk bagasi. Ia boleh dibeli dalam talian selepas membuat tempahan, pada bila-bila masa selepas pengesahan atau selewat-lewatnya 4 jam sebelum penerbangan anda.

Bagasi lebihan ditakrifkan sebagai berat bagasi yang melebihi had bagasi berdaftar pratempah sehingga maksimum 40kg untuk penerbangan AirAsia dan juga AirAsia X.

http://www.airasia.com/my/ms/our-fares/fees-and-charges.page?

Harap maklum bahawa tiada peruntukan bagasi percuma untuk bagasi berdaftar.


Apakah ukuran bagasi untuk bagasi berdaftar?

Ukuran dan berat bagasi yang dibenarkan untuk bagasi berdaftar adalah: gabungan ukuran tidak melebihi 81sm tinggi X 119sm lebar X 119sm panjang. Atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan, setiap barangan tidak boleh melebihi 32 kg.

Adakah terdapat peruntukan bagasi berdaftar untuk bayi?

Bayi tidak diberi sebarang peruntukan bagasi percuma, kerana bayi tidak diperuntukkan tempat duduk apabila terbang di atas riba orang dewasa. Namun begitu, kami membenarkan kereta sorong/kereta tolak bayi diangkut secara percuma.

Berapakah bilangan bagasi kabin yang boleh saya bawa ke dalam pesawat?

1 cabin baggage

Hanya satu bagasi kabin….

Anda hanya dibenarkan membawa sebuah bagasi kabin ke dalam pesawat yang tidak melebihi 56 cm x 36 cm x 23 cm termasuk tangkai, roda dan poket sisi. Bagasi ini hendaklah muat diletakkan di dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas.

1 laptop bag

dan satu barang peribadi bersaiz kecil

Selain itu, anda boleh membawa satu beg komputer riba, beg tangan, beg galas atau apa-apa beg bersaiz kecil yang lain yang mestilah tidak melebihi 40 cm x 30 cm x 10 cm. Barang-barang ini hendaklah muat diletakkan di bawah tempat duduk hadapan anda.

Jumlah berat yang dibenarkan untuk dua (2) bagasi mestilah tidak melebihi 7 kg.

Notis penting:

  • Barangan yang diikat atau dibalut bersama tidak akan dianggap sebagai sebuah bagasi kabin.
  • Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk Bagasi Lebihan?

Anda akan dikenakan bayaran bagasi lebihan apabila bagasi anda melebihi 15kg. Jika anda membuat tempahan awal untuk bagasi anda dalam talian tetapi mendaftar masuk bagasi yang lebih berat, anda juga akan dikenakan bayaran untuk setiap berat tambahan. Kadar bayaran adalah berbeza bergantung kepada lapangan terbang tempat anda berlepas. Sila lihat kadar bayaran untuk bagasi lebihan di sini.

Bagasi lebihan hanya boleh dibayar semasa mendaftar masuk di lapangan terbang pada hari perlepasan. Atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan, kami tidak akan menerima apa-apa barang yang melebihi 32kg setiap satunya dan dengan ukuran tergabung yang melebihi 81sm tinggi, 119cm lebar dan 119cm panjang. Had berat ini tidak terpakai untuk peralatan bantuan pergerakan.

Jika anda merancang untuk terbang dengan bagasi lebihan, kami menyarankan agar anda tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.


Video Ringkas

Pertanyaan lain anda boleh bertanya di sini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam