The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Sistem Kupon Letak Kereta Bandaraya Kota Kinabalu Bermula 1hb Oktober 2014

SISTEM KUPON LETAK KERETA BERMULA 1 OKTOBER 2014

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan memulakan sistem kupon tempat letak kereta yang baru untuk menggantikan sistem yang sediaada. Dengan kelulusan Kabinet Negeri Sabah pada 24 Mei yang lepas, sistem baru ini akan digunakan seperti lebih kurang 40 pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia.

Di dalam Sistem Kupon Letak Kereta, terdapat 3 jenis kadar letak kereta iaitu ‘jangka pendek’ (Kategori A) nombor siri petak letak kereta berwarna kuning dan ‘jangka panjang’ (Kategori B) nombor siri petak letak kereta berwarna hijau serta tempat letak kereta ekslusif iaitu A1 nombor siri petak letak kereta berwarna merah. Selain itu, bagi memberikan keselesaan kepada pengguna juga, DBKK ada menyediakan kupon letak kereta bulanan bagi kegunaan di tempat letak kereta jangka panjang.

Untuk permulaan, kupon letak kereta ini boleh dibeli di semua Pondok Jualan DBKK, semua Inspektor Letak Kereta yang akan bertindak sebagai Penjual Bergerak dan Wakil Maklumat di seluruh kawasan Bandaraya dan juga Kaunter Jualan Bergerak yang akan dibuka di beberapa kawasan terpilih. Selain itu, ianya juga boleh di dapati di Kaunter-kaunter utama DBKK iaitu: –

  • Kaunter No.6, Bangunan Ibu Pejabat DBKK, tingkat bawah, No.1 Jalan Bandaran.
  • Kaunter DBKK di tingkat 6 bangunan UTC Sabah dan
  • Kaunter Bahagian Pengurusan Tempat Letak kereta, DBKK Holdings di Lot 1.49-1.54, Tingkat 1, KK Plaza Shopping Complex.
  • Kaunter Pembayaran Setempat DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah.

DBKK juga merancang untuk melantik ejen-ejen jualan kupon letak kereta di masa akan datang bagi memudahkan orang ramai membeli kupon letak kereta mereka.

Info lanjut di Laman  Web DBKK

3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam