The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Singgah Di Gerai Jual Sayur Di Bundu Tuhan, Kundasang

image

SAYURAN SEGAR – Semasa dalam perjalanan balik dari Sandakan dua hari lepas, saya singgah membeli sayur di gerai tepi jalan di Bundu Tuhan.

Sudah jadi kebiasaan, saya akan membeli cendawan. Harganya di sini lebih murah berbanding di Kota Kinabalu.

Saya membeli dua paket besar dengan harga RM6.00 sepaket. Ada juga cendawan dijual dalam paket kecil yang berharga RM3.00. Jika di Kota Kinabalu, harganya sama dengan cendawan yang paket besar di Kundasang.

Kami sekeluarga memang suka dengan cendawan goreng tepung. Anak-anak pula tak memilih dalam bab makanan ni.

Hidangan cendawan goreng tepung ni adalah menu pilihan untuk berbuka puasa.

Posted from WordPress for Android

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam