The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Sabah (SIFC) 2014

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Sabah 2014

Sabah International Fireworks Competition (SIFC), acara yang julung kalinya diadakan di Sabah ini bakal berlangsung pada 1 September sehingga 16 September 2014. Acara akan berlangsung di Taman Awam Teluk Likas, Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.

Acara yang berlangsung selama lebih dua minggu ini akan bermula pada pukul 7.00 petang sehingga 10.30 malam setiap malam.

Sebanyak lapan (8) kumpulan peserta profesional dari seluruh dunia akan menyertainya dan pertandingan ini adakan dimeriahkan dengan pelbagai acara-acara sampingan yang juga menggabungkan artis tempatan dan luar negara.

Antara negara-negara yang akan menghantar penyertaan adalah;

  1. Amerika Syarikat
  2. United Kingdom
  3. China
  4. Jepun
  5. Finland
  6. Australia
  7. Thailand
  8. Perancis

Tiada sebarang tiket masuk dikenakan.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai acara ini, anda boleh merujuk kepada laman web SIFC 2014 atau laman Facebook mereka.

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam