Serambi Wawasan Tarikan Baru Di Membakut

Serambi Wawasan Membakut 6 Serambi Wawasan Tarikan Baru Di Membakut

MERCU TANDA BARU – Bangunan Serambi Wawasan Membakut ini  baru dibuka untuk perniagaan. Banyak lagi premis perniagaan yang masih kosong. Hanya beberapa buah kedai sahaja yang baru beroperasi di sana buat masa ini. Kemudahan di sini pun baik , tepat letak kereta pun luas dan paling penting ada surau berhampiran bangunan ini. Jadi, memang sesuailah tempat ini dijadikan kawasan RNR terutamanya mereka yang dalam perjalanan dari Sabah ke Brunei atau Sarawak.

Di belakang bangunan ini, sebuah projek yang masih dalam pembinaan iaitu pembinaan Pasar Tani Pekan Membakut. Sudah pasti taraf ekonomi penduduk di sini akan meningkat dengan adanya segala kemudahan yang disediakan ini.

Pekan Membakut juga terkenal dengan Membakut Lake Eco Training Centre. Ulasan lanjut mengenainya akan dibuat pada masa akan datang.

Gambar di Serambi Wawasan Membakut

Info Tambahan Mengenai Daerah Kecil Membakut

Penduduk Daerah Kecil Membakut sangat padat dan dahulu meliputi 3 kawasan ADUN iaitu kawasan Beaufort, Bongawan dan Kuala Penyu. Sekarang hanya satu ADUN N.24 Membakut dan Parlimen P.176 Kimanis.

Daerah Kecil Membakut meliputi 38 buah kampung. Penduduk daerah Kecil Membakut tergolong daripada berbilang kaum iaitu kaum Brunei, Kadazan, Dusun, Paitan, Jawa, Bisaya, Cina dan lain-lain. Dengan hasil utama bercucuk tanam seperti menamam padi, nelayan, peneroh getah, kelapa sawit dan sebagainya.

Selain daripada itu daerah Kecil Membakut juga turut ditadbir oleh 2 orang Ketua Daerah, 6 orang Ketua Anak Negeri serta 18 orang Wakil Ketua Anak Negeri dan diperingkat kampung sebanyak 32 orang Ketua Kampung dan 35 orang Pengerusi JKKK dan 1 orang JKDB yang dilantik oleh pihak kerajaan dan 2 orang Ketua Masyarakat Cina.

Adalah difahamkan profail ringkas Daerah Kecil Membakut pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898 dimana daerah ini pada masa dahulu tertakluk dibawah pentadbiran kerajaan British North Borneo. Keluasan/topografi Daerah Kecil Membakut ialah 132.8 km (83 batu) persegi “approximate”. Pertumbuhan penduduk pada awalnya hanya mempunyai kira-kira 3,000 orang. Penduduk tinggal di persisiran pantai, bukit bukau dan tebing sungai. Dalam banci penduduk sehingga tahun 1990, penduduk daerah ini telah bertambah 17,169 orang. kini penduduk Daerah Kecil Membakut dianggarkan seramai 21,900 orang.

Jarak daerah Membakut dari Kota Kinabalu lebih kurang 70 km dan 20 km dari Pekan Beaufort. Pengangkutan dan komunikasi di daerah ini dilaksanakan melalui jalanraya dan keretapi.

Kedudukan  Pejabat Daerah Kecil Membakut bersempadan dengan Klinik Kesihatan Membakut dan berdepan dengan Balai Polis Membakut dan Masjid Pekan Membakut.

Daerah Kecil Membakut mempunyai potensi pembangunan yang baik kerana kedudukannya yang strategik. Pihak SEDCO telah mengujudkan Pekan Baru 10 unit rumah kedai satu tingkat dan 10 unit rumah kedai dua tingkat, pasar sayur dan ikan, Bangunan Astaka,Bangunan Ujana Wawasan, Bangunan Kraftangan, Bangunan Perpustakan, Pusat RNR, Dewan Serbaguna dan 10 buah gerai serta tandas awam.

Mercu tanda bagi daerah Membakut adalah ‘BUKU’ atau ‘KITAB’ yang diilhamkan sendiri oleh YB. Datuk Hj. Mohd. Arifin Mohd. Arif, ADUN N.24 Membakut, Merangkap Pengerusi SEDCO Negeri Sabah.

Rujukan : http://www.sabah.gov.my/dkmk

pixel Serambi Wawasan Tarikan Baru Di Membakut

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Pelancongan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Serambi Wawasan Tarikan Baru Di Membakut

  1. awan dania says:

    asalmkm dan salam sejahtera,bleh bg info sewa shop d serambi wawasan membakut..?? asap yea..thanks..:)

  2. madammondoq says:

    wah… banyak tempat menarik kat sini….
    madammondoq dan entrinya..WORDLESS WEDNESDAY : The Sweetest CreatureMy Profile

  3. akubiomed says:

    Apa tempat-tempat menarik di Membakut ini?
    akubiomed dan entrinya..Sepah Juara Maharaja Lawak AkhirMy Profile

  4. maaf KA tak jmpa nak hantar pesanan dari blog KA mcm mna
    jd KA paste dekat sini sat lagi bro padam msg ni yer

    http://www.onlinelogomaker.com/

    boleh buat banner tu disini…
    Kamarul Azri™ dan entrinya..Alexa turun mendadak dalam masa 14 hari.My Profile

  5. ishak says:

    best betul tempat tok mun dapat pergi kan bagus owh,,,,,,
    ishak dan entrinya..Koleksi Foto Manohara Odelia PinotMy Profile

  6. 2st time KA dengar nama tempat ini, dari apa yang di paparkan cantik tampat ni!
    Kamarul Azri™ dan entrinya..Alexa turun mendadak dalam masa 14 hari.My Profile

  7. suffer8zine says:

    x pernah pergi lagi ni, mcm best je
    suffer8zine dan entrinya..Luahan Si Ex-GirlfriendMy Profile

  8. Rose Johari says:

    First time saya pergi membakut tahun 2007,,,time tuh tgh join BTN negara..klu x silap kat Membakut Lake Eco Training Centre…
    Rose Johari dan entrinya..Sinetron Kawin MasalMy Profile

  9. Lamanya sudah saya tak ke Membakut. Time balik Sabah jer hujan lebat, kena duduk rumah jer. :(
    Sabahan Bloggers Club dan entrinya..Aku seorang bloggerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya