Senarai Pelbagai Jawatan Untuk Kerja Kerajaan. Perlukah ‘Orang Dalam’?

Hari ni terkenang zaman mencari kerja. Sasaran utama kerja kerajaan.

Aku ada pengalaman pahit manis bekerja di sektor swasta. Menceburi bidang pembinaan dan kerja kilang.

Pembinaan – Gaji masyuk.. tapi tiada ‘life’. Kadang-kadang cuti hujung minggu pun kena kerja.

Kerja Kilang – Gaji masyuk juga.. tapi kena kerja 12 jam (shift). Kesihatan terganggu.

Berkat dorongan Isteri, aku isi SPA Malaysia dan mencuba nasib.

Seterusnya temuduga, isteri yang bagi semangat..

Alhamdulillah, kini berjaya menceburkan diri di sektor awam TANPA bantuan ORANG DALAM.

Aku faham bagaimana perasaan pencari kerja. Aku pernah mengalaminya. Tiap-tiap hari beli surat khabar dan mencari iklan jawatan kosong.

Isi jawatan kosong walaupun  jawatan tersebut kurang diminati..

Apa-apa pun, lebih baik berusaha mencari kerja daripada menunggu kerja mencari kita.

Rakan-rakan yang mencari kerja sekalian, cuba nasib dengan mengisi jawatan kosong di e-recruitment. Buat masa ini ada 33 jawatan kosong yang ada.

Cepat Sebelum Terlambat…

pixel Senarai Pelbagai Jawatan Untuk Kerja Kerajaan. Perlukah Orang Dalam?

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Kerja and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

39 Responses to Senarai Pelbagai Jawatan Untuk Kerja Kerajaan. Perlukah ‘Orang Dalam’?

  1. mohd fahmi says:

    saya ada nak tawarkan kerja kosong..sesaper yang berminat bleh hubungi saya di 0199425575 boleh msg nama dan alamat penuh.

  2. Mohd Nizam Azman says:

    Pegawai Pemasaran Kewangan@Pinjaman

    Sepenuh Masa
    - SPM & ke atas
    - Mempunyai kenalan kerajaan & Badan Berkanun
    diutamakan
    - Pengalaman/ tiada/ suri rumah/ lepasan SPM &
    Graduan boleh memohon, latihan di sediakan
    - Gaji pokok + komisyen + Insentif =
    Purata 3K – 6K & ke atas

    Sambilan
    - Seluruh Malaysia
    - Komisyen Lumayan@Tinggi

    Sila Hubungi; 603 – 4142 9241 / 019 – 2141 362

  3. kakngah says:

    aku keje sektor pembinaan cuma duk ofs la.. bkn duk tapak projek. risikonyer.. keje on contract basis. hbs projek hbs keje melainkan sggup ikut ke projek yg lain. utk yg bujang mmg xder masalah. bg yg berkeluarga cam aku ni… mn sggup tgglkan ak & suami….

    nk isi spa la..
    wish me luck!

  4. kulanz says:

    Sekarang ni nak dapatkan kerja memang susah, boleh dikatakan peluang utk dapat kerja atas nama rezeki cuma 30%, peluang utk dapat sbb org dalam pula 70%. Apapun, tu tak bermakna kita yg xda kabel ni perlu putus asa.. yg penting ada usaha utk apply

    • Mustaffa Yasin says:

      rezeki di tangan tuhan.. kita sahaja yang kena terus berusaha dan jangan putus asa..

  5. Bean Moreno says:

    dah byk kali cuba sekalipun xdapat

    • Mustaffa Yasin says:

      ye ke..
      mungkin belum ada rezeki..
      kena usaha dan cuba lagi..

    • suri says:

      salam..
      minta izin dari tuan rumah utk link..bileh ke??
      suri pun dah lebih 6 kali isi borg spa online .tpi tak dapat gak.dah tary pakai dipoma pun tak dapat..terus apply spm..mcm tu jugak..

      tapi tulah hakikatnya yng mohon jwtan tu punyalah berjuta lemen..tapi yg kekosongannya 2 ke 3 je kosong..

      harap2 rzki akan berpihak pd ku nnti..mana tau rzki anak..walaupun result tak best cam org lain tapi suri akan berusaha juga..

      • Mustaffa Yasin says:

        link sudah ditambah..
        kena usaha dan terus mencuba..
        manalah tahu esok lusa rezeki kita..

  6. Bro yang koje kerajaan nie pun.. masih contract & susah nak diserapkan.. ikut hati mahu je berpindah koje..

    biar ade kaiatn dgn kepakaran bro dari kepakaran nie tepu tidak digunakan

    • Mustaffa Yasin says:

      kenapa pihak berkenaan susah sangat nak serapkan terus ke jawatan tetap? saya ada kawan yang kerja taraf kontrak 10 tahun.. lepas tu baru diserapkan ke jawatan tetap..

  7. azizan4444 says:

    masih mencri kerja..ssh nk dpt yg btol2 sesuai..isk3

    • Mustaffa Yasin says:

      jangan putus asa mencari kerja..
      kadang-kadang kerja yang kita dapat tak semestinya sesuai dengan citarasa kita..
      kita boleh mencuba..

    • suri says:

      alah kje je mana yg dapat dulu,skr ni klu kita memilih kje susah juga..duit poket pun tak der camner.nti dah dapt keja yg sesui brulah brhti..tmpt kje lama..

  8. 911 says:

    “Eh, kenapalah saya tak ada orang dalam?” atau “Alangkah bagusnya kalau saya ada orang dalam yang boleh bantu” kadang2 muncul dalam kotak fikiran bila gagal dalam sesuatu permohonan.

    Peranan orang dalam ni ada baik dan buruknya. Yang baiknya, kawan kena tolong kawan. Buruknya – tak adil bagi orang lain.

    Apapun, thanks kerana berkongsi info ini ging…

  9. luth textile says:

    insyaallah aku akan abis belajar bulan 6 nanti dan masa tu la kot aku nak mula apply jpa ni.

    ada tips tak bagi pelajar semester akhir macam aku ni bro untuk apply kerja nanti. baik apply sekarang ataupun dah abis belajar nanti?

    apa – apa pon pada sapa yang tak berjaya tu jgn kecik ati..

  10. yanmie says:

    teringat time abis study dulu..nak cari keje punyalah susah…sampaikan suratkabar thestar menggunung kt rumah…hehee

  11. oh!dawie says:

    Bahagian IT xde ke bro?

  12. Anjung Web says:

    Rezeki betullah bro, saya cuba sampai dah surrrender… huhu. (Takde kabel)

  13. zik says:

    Betul tuh bro..zaman sekarang susah nak cari kerja.. melainkan ada kabel yang besau ….. tak berkat tuh, halal ke tak..yang tuh tak tau..

    • Mustaffa Yasin says:

      tu yang penting.. kalau rezeki..
      halal haram mesti diutamakan..
      cable besar pun.. lama-lama terputus jua..
      jangan2x, suatu hari nanti cable kita tu mengungkit..
      kerana dia kita apat kerja..
      kan susah kalau mcm tu..

  14. charlie says:

    org dalam…..emmmmmmmm..biasalah ya zaman sekarang ni…ku pun dah banyak kali apply keja gov, tapi x dpt..maybe 90% disebabkan oleh org dalam..beberapa kali dh apply SPA, e-recruitment, tiada jawapan…blum ada rezeki lagi..terpaksalah kerja dgn company@sektor swasta sekarang ni…

    • Mustaffa Yasin says:

      mmg di akui orang dalam banyak sekarang.. cuma memilih kaum keluarga sendiri/kawan sahaja..
      tak fair bagi yang tiada org dalam..

  15. etomyam says:

    orang dalam kuat tapi kalau kabel lagi besar dari Yang Memberi rezeki kata tak dapat…memang tak dapat jugak…heheh

  16. Zephyr says:

    takyah fikir orang dalam… yang penting ada kemahiran & ilmu… keje pakai orang dalam ni pun sebenarnya tak berkat sebab kita dah aniaya orang lain yang lebih layak…

  17. shahrinabd says:

    penah jgak keja sektor pembinaan, mmg weekend bz memanjang. tapi best sebab bagi peluang untuk networking

    • Mustaffa Yasin says:

      kalau yang sudah berkeluarga, boleh porak poranda rumah tangga..
      anak dan isteri terbiar tanpa kasih sayang..
      walaupun duit yang dicari.. anak dan isteri jgn diabaikan..
      memang ada pro dan kontranya..

  18. yoy says:

    pergh..macam susa je nak keje bro..
    saye pun lum keje lagi nih..
    ader tips tak??

    • Mustaffa Yasin says:

      Kerja.. tak semudah yang disebut.
      Mmg ada bermacam perkara yang kita lalui bila bekerja.
      Soal utamanya, gaji, minat kita dengan kerja, persekitaran kerja dan bermacam lagi..
      Tips..
      Jangan terlalu memilih kerja dan belajar mencintai kerja kita!!
      da 1 lagi..
      Ikhlas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya