SEJARAH LAMA YANG PERLU DIKETAHUI - Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai “British North Borneo” pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya.
Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil “Gentisan“. Petempatan tersebut bertukar nama kepada “Jesselton” sempena memperingati Sir Charles Jessel.
Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri “British North Borneo”, musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton.
Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada “Kota Kinabalu” pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang baru. Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun 1970-an dan 1990-an.
Datuk Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Datuk Iliyas Ibrahim dilantik sebagai Datuk Bandar kedua pada 2 Februari 2006, sempena ulangtahun keenam pengisytiharan Bandaraya ini.
Datuk Bandar Kota Kinabalu sekarang (2012) ialah Datuk Abidin Madingkir menggantikan Datuk Iliyas Ibrahim. Beliau yang berkelulusan undang-undang dari University of London memulakan kariernya dengan perkhidmatan kerajaan pada 1978 dan telah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan negeri sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu yang ketiga.
Rujukan lengkap dan kredit gambar: http://blog.1sabah.net

byk kali jgak tukar nama..
Jebeng Otai™ dan entrinya..Keputusan Rasmi Giveaway JebengOtai
terima kasih kerana berkongsi info yang menarik ni
wandisini dan entrinya..Review Dan Menang Samsung Galaxy Note
Wooo.. baru ku tahu… mcm tu rupa ceritanya…
dan patutlah Sandakan juga maju, rupanya pernah jadi ibu negeri….
maza dan entrinya..Penangan Katira
rasanya baik sangat ditukar sbb nama asal takde ciri2 malaysia kot
Denaihati dan entrinya..Malaysia XI vs Manchester City 2012
tak silap memang ada dalam pelajaran sejarah
tapi yang gentisan tu tak pasti pernah dengar tak
cikgu naman dan entrinya..Jualan Raya Metrojaya 2012 di PICC Putrajaya
ye ye. aku ingat lagi. sejarah tingkatan 3 kot benda ni.
Oh! budu dan entrinya..cara lajukan broadband celcom habis limit cara halal
Kawe yg dok KK pon tak tahu pasal Gentisan tu.. adehhh malunya

Dulu Lain Sekarang Lain dan entrinya..Tarikh Tayangan Filem Tanda Putera
memang tahu. ada kawan dulu cerita benda nih.

titan dan entrinya..Abang tak sempat berbuka hari ini..
Jesselton tu Saya tahu.. Tapi Gentisan saya tidak tahu!
anif dan entrinya..Kedudukan Pungutan Pingat Terkini – Sukan Olimpik London 2012
sampai sekarang masih ada kampung gentisan tu.. tak jauh dari pangkalan tentera laut di sepanggar
Mustaffa Yasin dan entrinya..Gambar Saiz Pasport Untuk Balik Beraya Di Kampung
Baru tahu Kota Kinabalu pernah guna beberapa nama lain sebelum ini. Fakta yang menarik.
akubiomed dan entrinya..Contest Broframestone – reka dialog