The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Seaventures Dive Rig Resort, Semporna (Bekas Pelantar Minyak)

Seaventures Dive Rig Resort

Jika anda bercuti ke Semporna, Seaventures Dive Resort adalah antara tempat yang sesuai bagi anda untuk merehatkan diri serta merasai kelainan bermalam di penginapan atas air. Penginapan ini sering menjadi pilihan para penyelam seluruh dunia memandangkan lokasinya terletak di bekas pelantar minyak terbiar dan diubahsuai menjadi resort yang menarik tidak berapa jauh dari Pulau Mabul, Semporna.

Selain bermalam, para pengunjung boleh melakukan aktiviti sukan air terutamanya menyelam dan aktiviti santai yang lain seperti menonton TV, berkaraoke serta disediakan meja pool dan pingpong. Kedai cenderamata dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 60 orang turut terdapat di sini.

Seaventures Dive Rig Resort

Bagi yang meminati bidang fotografi, mungkin anda boleh bermula di sini untuk mengambil gambar hidupan bawah air yang menarik. Dengan panorama dasar laut yang ditumbuhi batu karang yang subur dan hidupan marin yang pelbagai jenis, sudah pasti gambar anda boleh memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Seaventures Dive Rig Resort

Seaventures Dive Rig Resort

Penginapan yang disediakan 27 bilik termasuk bilik untuk keluarga, bilik dengan 2 katil dan juga asrama.

Seaventures Dive Rig Resort

Seaventures Dive Rig Resort

Seaventures Dive Rig Resort

Seaventures Dive Resort juga menyediakan kursus menyelam. Kursus menyelam PADI akan menjadikan anda dari penyelam amatur sehingga ke seorang profesional. Setiap kursus menyelam akan memberi peluang kepada anda merasai kelainan melihat dunia bawah air yang kaya dengan hidupan marinnya.

Seaventures Dive Rig Resort

Anda hendaklah menandatangani kenyataan liabiliti (pengecualian) dan andaian risiko semasa ketibaan dan mematuhi semua peraturan keselamatan menyelam.

Masa masuk dan keluar dari resort ke Pekan Semporna seperti dijadualkan:

  • Semporna ke Resort: 10:00 pagi
  • Resort ke Semporna: 01:30 petang

 

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan;

Seaventures Dive Rig Booking Office
G23B, Ground Floor,
Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephen
Kota Kinabalu, Sabah
88000 Malaysia
Email: info@seaventuresdive.com
Phone: +60 88 251 669 / +60 17 811 6020
Fax: +60 88 251 667
Facebook: seaventures
Web: seaventuresdive.com

Kredit Gambar: http://www.dailymail.co.uk | Agoda


14 Penginapan Lain Sekitar Pekan Semporna

  1.  Sipadan Inn, Semporna, Malaysia RM129
  2. Sipadan Inn 2, Semporna, Malaysia RM129
  3. City Inn Semporna, Semporna, Malaysia RM59
  4. Marina Hotel Semporna, Semporna, Malaysia RM73
  5. Seafest Hotel, Semporna, Malaysia RM172
  6. Han Palace Hotel Semporna, Semporna, Malaysia RM94
  7. Best Bunk Beds, Semporna, Malaysia RM96
  8. Arung Hayat Sipadan Adventures Dive Center, Semporna, Malaysia RM206
  9. Seahorse Sipadan Scuba Lodge, Semporna, Malaysia RM200
  10. Borneo Global Sipadan Backpackers Semporna, Semporna, Malaysia RM100
  11. Arung Hayat Hotel, Semporna, Malaysia RM67
  12. Mabul Inn, Semporna, Malaysia RM60
  13. Scuba Tiger Semporna Holiday Resort, Semporna, Malaysia RM92
  14. Ocean Inn Semporna, Semporna, Malaysia RM123

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam