SEGAR DARI LADANG - Sayur-sayuran yang terdapat di dalam gambar memang kelihatan segar dan harganya pula berpatutan. Beginilah keadaan setiap petang sehingga larut malam di Pasar Filipina (menjual sayur, ikan, ayam, daging, gerai makan dan makanan laut) di Kota Kinabalu.
Jika pandai tawar menawar, pasti anda akan berpuas hati dengan barangan yang dibeli. Bayangkan sebungkus besar sayur daun (sawi) boleh dibeli dengan harga RM2.00..
Pasar ini adalah lokasi yang wajib dikunjungi sekiranya ke Sabah. Pasar-pasar yang berhampiran pula adalah Pasar Besar Kota Kinabalu, Pasar Kraftangan dan Pasar Ikan Masin.
Selain itu, terdapat beberapa tapak pasar malam yang ada dan harus anda kunjungi juga.
p/s: Berhati-hati memilih sayur. Nampak cantik tu tak semestinya baik. Cari yang berlubang sedikit, itu tandanya kurang guna racun serangga.


Pingback: Sayuran Kampung Bebas Racun Perosak | my.Mustaffa
aku memng suka sayur
nasi tak berlauk pun ok saja asal banyak sayur
hehe
tehr dan entrinya..Makhluk Penghisap Darah
makanan yang sihat..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Bacaan Surah Al-Fatihah Dari Seorang Model Cantik
sebenonya kdg2 kawe takut gak makan sayur-sayuran yg nampak tersangat cantik ni bro.. Sama lah mcm ikan2 yg sentiasa nampak segar tu… Entah obat apa kena masuk.. palis-palis…
Bagus tanam belakang rumah sendiri kot…
untung kalau ada tanah di belakang rumah
Mustaffa Yasin dan entrinya..Jangan Kantoi!! Tekan Pisang Untuk Mula Mencuri.
baru je semalam aku gi pasar..cari ubi kentang. hehe..
titan dan entrinya..Lu Jangan Kerek Sama Gua!
masak ape tu?
Mustaffa Yasin dan entrinya..Renungan Jumaat – Mencuri Dalam Solat
maza ada dengar dari sorg sahabat tinggal di Shah Alam, dia cukup gemar kalau pergi ke Kota Kinabalu makan sayur2annya..
katanya rasa sayur2an di sana enak sekali… dan segar2.. rasanya cukup unik berbanding di sayur2an di semenanjung..
err.. kalau maza mau makan sayuran dari KK boleh kah abg mus pek dan hantarkan pakai pos laju? hehehehe
maza dan entrinya..Senjata.. L series, Mark II
sanma saja rasanya sayur di semenanjung dan sabah nii.. mungkin harganya da murah sikitlah..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Renungan Jumaat – Mencuri Dalam Solat
Daripada namanya.. adakah kebanyakkan peniaganya berasal dari negara itu atau ia cuma nama?
anif dan entrinya..Aktiviti Hujung Minggu
mmg ada pon suku sakat diaorg kat sini.. ramai ehhh… Tempat tu pon di bawah perlindungan UN utk refugee Filipino dulu-duluuuuu….
Dulu Lain Sekarang Lain dan entrinya..Nasi Ayam Juara
asal peniaganya kot.. kurang pasti pula..
Semasa bertugas di QEH saya duduk menyewa di Kepayan Ridge selalu hari minggu bawa isteri ke pasar Filipina untuk mendapatkan sayuran segar
akubiomed dan entrinya..Maharaja Lawak Akhir – babak peserta akhir
memang tempat yang wajib di kunjungi pada hujung minggu
Mustaffa Yasin dan entrinya..Mudahnya Permainkan Hati Wanita