Gambar ‘Basikal Ajaib’ Merentas Sawah Padi Di Tuaran

550825 311066148972789 180839285328810 743293 1504012640 n Gambar Basikal Ajaib Merentas Sawah Padi Di Tuaran

BASIKAL MENJADI ‘TUAN’ – Petang tadi saya melalui satu kawasan sawah padi di Tuaran. Terasa amat damai sekali melihat kehijauan padi yang masih kecil.

Keasyikkan saya memerhati kehijauan sawah padi ini dari dalam kereta  disentap oleh aksi seorang pakcik yang memikul basikalnya menyeberang lapangan sawah padi  untuk ke jalan utama di sebelah sawah. Memang itulah cara terbaik untuk menyerangi sawah padi. Jika dikayuh juga basikal tu, potensi untuk jatuh ke dalam sawah amatlah tinggi.

Teringat masa kecil-kecil dulu yang mana saya memang suka beraktiviti petang dengan berbasikal mengelilingi kampung. Memikul basikal adalah antara cabaran jika denai yang kami lalui di kampung ditumbuhi belukar. Oh, indahnya masa kecil saya! Terasa rindu pula dengan rakan-rakan sekampung.

Putaran kehidupan kita ini amat sesuai sekali jika mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Sampai masa, maka  ia dipetik dan menjadi santapan insan di muka bumi.

Mesti cantik pemandangan sawah padi masa matahari terbenam..

pixel Gambar Basikal Ajaib Merentas Sawah Padi Di Tuaran

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Fotografi and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

13 Responses to Gambar ‘Basikal Ajaib’ Merentas Sawah Padi Di Tuaran

  1. Pingback: Gambar Selepas Menuai Padi Di Kota Belud | my.Mustaffa

  2. Denaihati says:

    berbasikal disawah/bendang lebih praktikal, ini contohnya. kalau motosikal tak boleh nak gendung mcm ni.

  3. amnan says:

    teringat masa saya pergi kedah haritu, tengok kehijauan sawah padi. serius cantik. lama tak dapat tengok dah.. mintak-mintak lepas ni ada rezeki lagi.. hehe
    amnan dan entrinya..wanita dan seks! Apa faktanya?My Profile

  4. kulanz says:

    giliran basikal naik tuannya, :D
    kulanz dan entrinya..Gerhana Matahari Cincin 20 MeiMy Profile

  5. akubiomed says:

    Lebih baik usung daripada kayuh basikal jatuh ke dalam sawah. :-)
    akubiomed dan entrinya..Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurveMy Profile

  6. tehr says:

    Kayuh basikal atas batas sawah memang sangat mencabar
    Aku pernah buat, dan pernah juga jatuh beberapa kali
    Hehe
    tehr dan entrinya..Lagu Popular Pada Hari GuruMy Profile

  7. titan says:

    ingat basikal apa tadi. haha..
    titan dan entrinya..Lelaki Kacak dan 83 blogger kacak.My Profile

  8. cik tom says:

    wah cantiknya pemandangan..rindukan swh padi yg mghijauuu…
    cik tom dan entrinya..Lelaki Kacak vs Wanita CantikMy Profile

  9. mak lagenda says:

    Pakcik mmg pandaiiiiiiii..drpd jatuh dlm sawah,baik dipikul basikal tuh.

  10. mmg cantik..nk2 kalo ade burung bangau berterbangan dikala matahari terbenam.. :)
    Jebeng Otai™ dan entrinya..One Piece 667My Profile

  11. Affan Ruslan says:

    Subhanallah, lawanya.
    Teringin nak g sawah padi petang2 sambil angin duduk kat pondok kecil dengan angin sepoi-sepoi bahasa haha
    Affan Ruslan dan entrinya..Jalan-jalan di Bruce Peninsula, TobermoryMy Profile

  12. rahman says:

    banyak ikan dalam sawah tu.. :)
    rahman dan entrinya..Bento Box kreatifMy Profile

  13. anif says:

    Cantik gambar ni.. Ada cerita disebaliknya :D
    anif dan entrinya..Ross Levinsohn Dilantik CEO Interim YahooMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya