The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Menjamu Sate Di Gerai Sate Meletup Dekat Bulatan Todak, Tuaran

Makan Sate Di Tuaran

Petang tadi saya temankan isteri menjemput Amyra balik dari sekolahnya.

Memandangkan masih ada masa selama 1 jam, kami singgah di Gerai Makan dekat Bulatan Todak, Pekan Tuaran. Bulatan Todak ini mendapat nama sebegitu sempena ‘landmark’ Ikan Todak yang terpacak di tengah-tengah bulatannya.

Jika di semenanjung popular dengan Sate Kajang Haji Samuri dan Sipitang dengan lokasi makan sate di , Tuaran pun ada lokasi makan sate juga.

Gerai yang kami singgah makan dinamakan Gerai Sate Meletup/Farah Meletup! (tak berapa pasti dengan namanya). Gerai ini berhadapan juga dengan Mengkabong Centre. Memang senang nak cari kerana terletak di tepi jalan utama Kota Kinabalu – Tuaran.

Petang-petang memang selalu juga melihat ramai yang makan sate di situ. Hari ini berkesempatan merasa sate tu sendiri. Kira bernasib baiklah.

Pada pendapat saya, rasa sate dan kuah kacang boleh tahan. Bebaloi juga dengan harganya 50 sen dan 60 sen secucuk (ikut jenis sate).

Semasa bergerak balik, terpandang pula gerai menjual Nasi Puyuh Goreng Berempah. Nampaknya kena ke sana semula untuk mencubanya pula.

Makan Sate Di Tuaran

Makan Sate Dan Nasi Impit Di Tuaran

Menu Sate

Carian Yang Berkaitan:

13 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam