The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Sarapan Pagi Di Kentin Bakut, Tuaran

Mee Tuaran & Tomyam Di Bakut Canteen, Tuaran

Hujung minggu lepas kami sekeluarga bercadang untuk ke Perpustakaan Negeri cawangan Tuaran bagi urusan pinjaman dan pemulangan buku bacaan. Memandangkan anak-anak bangun agak lewat hari tersebut, saya dan isteri merancang untuk sarapan pagi di luar sahaja.

Kami memilih Kentin Bakut yang terkenal dengan menu tom yam dan mee tuaran. Lokasinya tidak jauh dari rumah dan sehala menuju ke perpustakaan.

Saya memilih bihun tomyam isi ikan , isteri pula memilih bihun tomyam seafood dan anak-anak pula memilih Mee Tuaran seafood.

Pelanggan agak ramai, namun servis laju dan memuaskan.

Sarapan Pagi Di Kentin Bakut, Tuaran (6)

Isteri dan anak-anak gembira

Sarapan Pagi Di Kentin Bakut, Tuaran (5)

Pening kepala memilih menu..

Sarapan Pagi Di Kentin Bakut, Tuaran (4)

Pekerja kantin yang cekap

Sarapan Pagi Di Kentin Bakut, Tuaran (3)

Bihun Tom Yam Seafood (udang, isi ikan)

Sarapan Pagi Di Kentin Bakut, Tuaran (2)

Mi Tuaran Seafood

Sarapan Pagi Di Kentin Bakut, Tuaran (1)

Bihun Tom Yam Isi Ikan

KENTIN BAKUT

Alamat:
KM28.7, 89208, Kampung Bakut, Tuaran, Sabah, Malaysia

Telefon:
+6088-788 593

Masa Perniagaan:
6:30 pagi –3.00 petang
(Cuti Umum/Ahad TUTUP)

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam