Hz Tours - No.1 Muslim Online Travel Agency

MASAM DAN PEDAS – Inilah antara resipi sambal yang paling saya suka. Isteri saya memang pandai menjerat selera saya tengah hari tadi. Manakan tidak, dua pinggan nasi panas dimakan cuma berlaukkan sambal belimbing ini sahaja. Di Sarawak, belimbing ini juga dikenali dengan nama Belimbing Tunjuk.

Pada ketika ini agak sukar mendapat bekalan belimbing. Cuma di pasar tamu sahaja ia mudah dijumpai kerana bekalan belimbing ini dibawa terus dari kampung. Ia juga tidak diminati semua orang kerana kemasamannya. Namun, bagi saya masam itulah keistimewaannya. Rasanya begitu isitimewa bila digabungkan dengan belacan dan ikan bilis.

Kenali Belimbing Buluh

Buah Belimbing Buluh berbentuk bujur dan memanjang. Warnanya hijau kekuningan. Setiap buah mempunyai 4-5 bonggol yang tidak kelihatan. Apabila telah masak, isinya lembik dan mengandungi banyak air serta rasanya masam. Walaupun begitu, ia tetap menjadi kegemaran kanak-kanak yang memakannya bersama garam halus.

Buah Belimbing Buluh sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.

Selain itu, bagi menghilangkan batuk, segenggam bunga Belimbing Buluh dicampurkan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, tiga kali sehari.

Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi pula, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

Kredit: Belimbing Buluh /Belimbing Sayur

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)