The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Sakura Di Kota Kinabalu

Sakura Di Sabah

Minggu lepas beberapa rakan blogger termasuk bro AkuBiomed  (berada di Semenanjung Malaysia) dan akhbar-akhbar utama negara berkongsi kisah mengenai pokok Tabebuia Rosea (Tabebuia Pentaphylla) yang mengeluarkan bunga. Memang jika sekali pandang ia menyerupai pokok Bunga Sakura atau ‘Cherry Blossom’ yang terdapat di negera Jepun.

Selain dengan nama ‘Bunga Sakura’, penduduk tempatan juga menamakan bunga ini dengan beberapa sebutan iaitu Tecoma, Tekoma atau Takoma. Ia banyak ditanam sebagai hiasan lanskap jalan raya.

Namun kali ini, fenomena ini boleh dikatakan ‘berjangkit’ di Sabah pula khusunya Kota Kinabalu. Walaupun pokok-pokok ini tidak berbunga secara sekata di sini, namun warna merah jambu dan putihnya sememangnya cantik dipandang.

Info Ringkas

TABEBUIA ROSEA/ROSY TRUMPET TREE

  • Botanical name/ Nama sains: Tabebuia rosea
  • Synonym/Sinonim: Tabebuia pentaphylla
  • Common name/ Nama biasa: Pink Poui, Rosy Trumpet Tree
  • Family/ Famili: Bignoniaceae
  • Origin/Negara asal: Tropical America
  • Max. height/ Ketinggian pokok: 30 meters
  • Landscape uses/Kegunaan lanskap: Shade tree, Public Park , Group planting, Wayside planting,

Sumber: LANDSCAPE WITH TREES/ POKOK LANDSKAP

Merah jambu penyeri taman Tabebuia pentaphylla | Forest Research Institute Malaysia

Tabebuia pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. Di Malaysia, Tabebuia pentaphylla juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga. Tabebuia pentaphylla  yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”. Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipê rosa.

Tabebuia memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Sepohon pokok Tabebuia pentaphylla yang besar boleh dilihat sedang berbunga pada minggu terakhir Mei, 2012 di hadapan bangunan Pentadbiran Utama (D2) FRIM. Di FRIM juga terdapat pohon Tabebuia ochracea berhampiran bangunan D3. Pohon ini telah mengeluarkan bunga-bunga kuning yang cantik pada minggu terakhir Januari 2012. – FRIM

7 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam