The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Sabandar Leisure Rides & Mangrove Park, Tuaran

Sabah memang banyak tempat menarik untuk dilawati. Selain popular dengan kedinginan Kundasang dan puncak Gunung Kinabalu, saya ingin berkongsi tempat lain menarik untuk dilawati.

Namun, ianya bukanlah di Kundasang ya. Sesuai bagi yang mahu melancong di Sabah tahun 2017 ini.

Ianya terletak berhampiran Pantai Sabandar di Daerah Tuaran. Aktiviti yang sering dikaitkan dengan kehebatan menunggang kuda bangsa Bajau di Sabah.

Horse Riding : Sabandar Leisure Rides

Sabandar Leisure Rides, Tuaran, Sabah

Tempat ini umpama ‘Pekan Koboi’ yang sering kita lihat dalam filem koboi di televisyen. Set yang lengkap dengan kandang kuda, tempat menunggang kuda, bangsal kuda dan beberapa buah kereta kuda.

Tiada bayaran masuk dikenakan setakat tarikh artikel ini diterbitkan. Mungkin akan datang dikenakan bayaran masuk.

Sabandar Leisure Ride, Tuaran, Sabah

Pintu Masuk

Sabandar Leisure Ride, Tuaran, Sabah

Papan tanda

Sabandar Leisure Ride, Tuaran, Sabah

Tempat letak kereta

Sabandar Leisure Ride, Tuaran, Sabah

Umpama pekan koboi

Setiap kuda di sini diberikan nama tersendiri dan berada di kandang masing-masing. Ada kuda yang nampak ‘sado’ dan ada juga yang nampak comel. Cuma perlu berhati-hati, takut kuda bertindak agresif.

Sabandar Leisure Ride, Tuaran, Sabah

Bangsal/kandang kuda

Buat masa ini, aktiviti berkuda disediakan melalui beberapa pakej (bukan harga promosi) seperti;

  • Package 5 Rides  – RM500
  • Package 10 Rides – RM1000
  • Package 15 Rides – RM1500

Aktiviti tunggangan yang boleh anda cuba sendiri seperti Kids fun ride , Paddock ride, Romantic ride, Leisure Beach ride, Countryside ride, Combination ride, Pre wed/wedding photo-shoot with cultural garments.

Sabandar Leisure Rides, Tuaran, Sabah

Aktiviti menunggang kuda

Namun, bagi yang berhajat menunggang kuda untuk sekali sahaja, boleh menunggang dengan bayaran RM15 sahaja dan mengambil masa dalam 5-10 minit/ 2 pusingan.

Dibuka setiap hari dan masa menunggang kuda adalah 8:00 pagi – 11:00pagi dan 2:00 petang – 6:00 petang.

Aktiviti memberi makan kuda juga disediakan. Anak-anak teruja memberi kuda makan.

Sabandar Leisure Ride, Tuaran, Sabah

Rumput dijual RM2.00

Sabandar Leisure Rides, Tuaran, Sabah

Beri makan kuda

Sabandar Leisure Ride, Tuaran, Sabah

Anak-anak bergambar dengan kuda.

Di sebelah Sabandar Leisure Rides ini terdapat Sabandar Mangrove Park.

Sabandar Mangrove Park

Sabandar Mangrove Park, Tuaran

Pintu masuk ke hutan paya bakau

Setelah puas melihat kuda, kami menuju ke hutan paya bakau. Sesuailah selepas berpanas kami ke tempat yang teduh pula. Suasana amat tenang berada di hutan paya bakau.

Sabandar Mangrove Park, Tuaran

Jambatan pejalan kaki

Sabandar Mangrove Park, Tuaran

Laluan ke restoran

Laluan jambatan pejalan kaki, beberapa buah tempat duduk, dataran/pelantar dan dua buah restoran (Restoran Lotud dan Restoran Bamboo) juga dibina.  Seronok juga sekali sekala berjalan kaki masuk ke hutan paya bakau.

Mereka saya terangkan secara ringkas pentingnya menjaga alam sekitar dan kepentingan hutan paya bakau sebagai penampan ombak besar.

Sabandar Mangrove Park, Tuaran

Anak-anak suka bergambar

Sabandar Mangrove Park, Tuaran

Pemandangan di hutan paya bakau

Sabandar Mangrove Park, Tuaran

Restoran masih dalam pembinaan

Sabandar Mangrove Park, Tuaran

Tenang, sejuk

Lokasi

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam