The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Sabandar Beach Camping & Water Sport Site, Tuaran, Sabah

Kami sekeluarga cukup bertuah kerana tinggal di Daerah Tuaran. Banyak destinasi pelancongan menarik yang kita sedia maklum popular seperti Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Taman Buaya, Kelapa Bakar Dan Lokan Bakar Salut dan beberapa lagi yang lain.

Destinasi menarik terbaru seperti yang saya kongsikan sebelum ini iaitu Sabandar Leisure Rides.

Sempena cuti Tahun Baru Cina minggu lepas, kami sekeluarga dan beberapa keluarga kawan-kawan kami yang lain berkhemah dan berkelah di Sabandar Beach Camping & Water Sport Site, Tuaran, Sabah.

Lokasinya satu laluan dengan Sabandar Leisure Rides dan terletak di Pantai Kenangan, Kampung Sabandar.

Aktiviti menarik yang boleh dibuat.

Sabandar Beach Camping & Water Sport Site masih baru beroperasi dan menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti;

  • Memancing laut dalam
  • Banana Bot
  • Kayak
  • Snorkeling
  • Melihat kelip-kelip
  • BBQ
  • Karaoke

Memandangkan kami cuma bercuti ringkas sempena cuti Tahun Baru Cina, kami cuma ber’BBQ’ dan mandi laut sahaja. Tambahan pula isteri tengah sarat mengandung.

Saya berpeluang untuk joging di sepanjang pantai dan pemandangannya indah sekali.

Ketika kami berada di sana, keadaan ombak agak besar dan berangin. Tidak berapa sesuai untuk membawa anak-anak mandi laut.

Penginapan yang disediakan.

Untuk penginapan pula, terdapat dua jenis khemah disediakan iaitu;

  • Khemah 6 pax – RM60 (basic)
  • Khemah 4 pax – RM40 (basic)

Untuk pakej ‘basic’ cuma disediakan khemah kosong berbumbung (sila rujuk gambar). Manakala pakej lengkap RM110 disediakan tilam dan bantal.

Bagi yang ingin menyewa ‘sleeping bag’, cas dikenakan sebanyak RM15.

Setiap khemah juga disediakan soket elektrik dan lampu tidur. Bolehlah digunakan untuk mengecas peralatan elektronik seperti kamera dan telefon.

Bagi saya, perkhemahan seperti ini sesuai untuk orang yang berkeluarga dan beranak kecil seperti saya. Kawasan yang luas dan sedikit jauh dari pantai (kawasan khemah besar).

Tahap kesukaran berkhemah juga saya nilaikan dengan kadar 3/10 sahaja.

Oh ya.. buat masa ini, kawasan Sabandar Beach Camping & Water Sport Site, Tuaran, Sabah menggunakan elektrik yang dibekalkan dari genset. Jadi, kenalah berjimat cermat menggunakan elektrik.

Tempat ini sesuai untuk sambutan seperti hari keluarga, kem bina semangat dan seumpamanya. Para staf juga terbaik dan mesra pelanggan.

Gambar-Gambar di Sabandar Beach Camping.

Lokasi & Tempahan.

Jika anda ingin ke sana, boleh merujuk peta di bawah:

Hubungi

  • Mr. Lee – 0126701796
  • Marzuki – 0178386291
  • Agnes – 0178441158

Carian Yang Berkaitan:

Advertisements
loading...

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam