The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge 2014 Tawarkan Hadiah Lebih RM7,000.00

Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge 2014

Acara tahunan yang menghimpunkan peserta tempatan dan luar negara yang  popular di Pekan Kiulu akan berlangsung lagi pada 18 & 19 Januari 2014. Terdapat 3 kategori yang bakal dipertandingkan iaitu Adventure Race,  Ultra-Run dan Ride For Nature.

Pertandingan kali ini yang memasuki edisi ketiga menawarkan hadiah wang tunai lebih dari RM7,000.00. Berbaloi dengan kepayahan dan keperitan yang ditempuhi para peserta.

Adventure Race merupakan acara utama di mana para peserta akan diuji dari segi kekuatan fizikal dan mental. Kelasakkan peserta serta kepintaran mengatur strategi juga akan diuji di sini.

Jarak 40km melibatkan acara berlari, berbasikal, meredah sungai serta tambahan acara tradisional iaitu merampanau (acara berjalan menggunakan buluh), berjalan menggunakan tempurung kelapa dan acara melastik. Sudah pasti kombinasi acara moden dan tradisional bakal memeriahkan pertandingan kali ini.

Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge 2014

Acara Melastik

Bagi acara Ride For Nature, para peserta akan meredah laluan sejauh 35km dan bakal memikul basikal bagi trek yang sukar dilalui seeperti mendaki gunung.

Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge 2014

Memikul basikal mendaki bukit

Sementara itu, acara ketiga iaitu Ultra Run pula akan mengetengahkan acara larian sejauh 30km dan para peserta akan memulakan larian pada jam seawal 3.00pagi dan dijangka menamatkan larian sebelum matahari terbit.

Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge 2014

Acara Ultra-Run

Bagi acara Adventure Race dan Ride For Run, acara ini akan bermula pada jam 7.00 pagi secara serentak.

Pendaftaran peserta telah ditutup hujung bulan 28 Disember 2013 lepas. Namun menurut sebuah akhbar tempatan, penganjur masih membuka pendaftaran kepada yang berminat kerana permintaan yang tinggi.

Acara ini dianjurkan oleh Casero Events dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, Kemenenterian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Budaya & Alam Sekitar Sabah serta beberapa agensi lain.

Acara akan berlangsung di AGRA Green Escape- Malanggang Baru/Kiulu Mr Arrifin Gadait.

Info lanjut dan pendaftaran, anda boleh rujuk di;

 

Kredit: Ruhiang Kiulu adventure challenge 2013 – Pictures credit to AJ Azazi, Anthony Wong, Fadjilie, Januin, Nasier Lee, and Sajirin

3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam