The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

River Safari ‘Rakit Buluh’ Di Padawan 2016

PADAWAN RAFT SAFARI 2016

PADAWAN RAFT SAFARI 2016

Acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh pecinta alam semulajadi kini kembali lagi.

Acara ‘River Safari’ Padawan yang akan berlangsung pada 14 Ogos 2016 bakal melalui jajaran sungai dan kehijauan hutan sepanjang perjalanan.

Keunikan acara ini adalah dengan berakit menggunakan rakit buluh dan ianya jarang sekali digunakan pada masa kini.

Acara yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Padawan, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Sarawak dan beberapa agensi kerajaan dan badan-badan NGO.

Para peserta akan bermula mengharungi cabaran sungai bermula dari Kampung Annah Rais, Kampung Temurang dan Kampung Danu. Manakala pelepasan peserta dijangka pada pukul 7.00 hingga 9.00 pagi mengikut kategori masing-masing.

Acara dijangka tamat pada pukul 3.00 petang di hentian terakhir di Kampung Git.

Antara kategori dan jarak yang dipertandingkan adalah seperti berikut;

  • Expert – 40 km
  • Terbuka Lelaki – 26 km
  • Wanita – 22 km
  • Jabatan Kerjaaan – 22 km
  • Hotel & Agensi Pelancongan – 22 km

Jangan lepas peluang ini.

Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat semasa waktu pejabat di pejabat Majlis Perbandaran Padawan.

Ringkasan

  • Tarikh: 14 Ogos 2016
  • Web: http://mpp.sarawak.gov.my
  • Tempat: Kampung Annah Rais, Kampung Temurang, Kampung Danu, Kampong Git, Padawan, Kuching, Sarawak Malaysia
  • Penganjur: Majlis Perbandaran Padawan
  • Telefon: 0168674175/082-615566
  • Emel: mpp@sarawak.gov.my

Muat Turun Borang

One Response

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam