The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Puas Makan Di Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau

Bulan Jun merupakan antara bulan yang agak memenatkan saya. Hampir setiap minggu ‘out-station’ ke Semporna kerana urusan kerja yang belum siap.

Memandangkan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Semporna memakan masa lebih kurang 7-8 jam melalui Jalan Sepulut-Kalabakan, biasanya saya akan bermalam di Tawau. Perjalanan memang jauh namun alah bisa tegal biasa.

Pada keesokkan paginya baru meneruskan perjalanan ke Semporna.

Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau (1)

Nama restoran.

Minggu lepas saya dan rakan sekerja sempat singgah berbuka puasa di Restoran Daily-Q Steamboat yang agak terkenal di Tawau. Dulu restoran ini terletak di Jalan Sin On namun telah berpindah ke premis baru tidak jauh dari premis lama iaitu Jalan Sungai Tajong.

Pelbagai Jenis Makanan

Berkunjung ke Restoran Daily-Q Steamboat ini memang memberi peluang kepada saya untuk merasai menu kegemaran saya iaitu udang, isi ikan tuna; dan daging kambing lada hitam ‘grill’.

Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau (6)

Daging kambing ‘black pepper’

Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau (7)

Meng’grill’ isi ikan tuna dan udang.

Selain itu terdapat sayur-sayuran; makanan laut seperti sotong, isi ikan tuna, ketam, bebola ikan; dan daging ayam dan lembu. Jom lihat gambar yang saya sempat rakamkan di bawah.

Dengan bayaran untuk dewasa RM32.00 dan kanak-kanak sebanyak RM17.00 sememangnya berbaloi.

Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau (12)

Makanan laut seperti udang, ketam, isi ikan tuna.

Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau (11)

Bebola ikan, isi ikan pari, tauhu , cendawan dan peria.

Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau (9)

Pilihan untuk penggemar daging.

Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau (8)

Isi sotong, ikan kekek dan beberapa lagi.

Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau (4)

Pekerja restoran sedang menghidangkan sayur-sayuran.

Kemudahan untuk meletak kenderaan disediakan (luas) serta banyak kerusi meja juga disusun di dalam premis ini. Memang meriah jika membawa ahli keluarga makan di sini.

Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau (3)

Ruangan tempat letak kereta yang luas.

Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau (2)

Banyak meja disediakan.

Selepas makan, boleh dapatkan aiskrim dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Air ‘chinese tea’ disediakan percuma tetapi tempahan air manis/jus akan dikenakan bayaran tambahan.

Elakkan pembaziran.

Elakkan pembaziran.

Anda boleh berkunjung ke restoran ini yang dibuka pada pukul 5.30 petang hingga 11.00 malam.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon 012-8181448 (Jenifer)  & 019-8044948 (Mr. Lee).

Facebook : Daily-Q Steamboat

Carian Yang Berkaitan:

3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam