The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Hidangan Istimewa Sarawak Di Restoran D’ Kenyalang Tuaran

Mee Kolok Tuaran

Lebih kurang tiga tahun yang lepas, saya ada berkongsi artikel “Jumpa Jugak Mee Kolok Kat Sabah..”

Buat pengetahuan semua, restoran tersebut telah ditutup dan sudah berpindah ke tempat baru di Pekan Tuaran. Beberapa menu istimewa dari Sarawak disajikan kepada pelanggan seperti;

  1. Mee Kolok – RM6
  2. Mee Jawa – RM5
  3. Laksa Sarawak – RM6

Selain itu, terdapat beberapa menu lain yang cukup sedap iaitu Nasi Kukus Ikan Keli Berempah/Ayam Berempah, Nasi Kukus Ikan Keli Berlada dan pelbagai menu tempatan yang lain.

Restoran ini menjadi tumpuan ramai dan dibuka dari pukul 7.00 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari kecuali hari Ahad (tutup).

Saya sendiri memang tidak ‘miss’ untuk makan Mee Kolok Daging. Ia memang memenuhi citarasa saya.

Lokasi Restoran (Sebaris dengan Hotel Tuaran)

Hubungi D’ Kenyalang Restaurant & Katering untuk pertanyaan lanjut atau katering melalui;

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam