The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Reset Setting Kamera Elak Gambar Underexposed Atau Oversexposed

Masalah underexposed atau oversexposed biasa terjadi pada gambar pertama yang diambil. Saya akui, saya sering mengalaminya. Bagi saya, lupa me’reset’ setting kamera yang digunakan sebelumnya akan mendatangkan masalah ini terutamanya jika merakam gambar pada dua situasi berbeza. Ambil mudah, kamera disettting pada waktu malam dan waktu siang.

Sebagai contoh, penggunaan ISO yang tinggi terutamanya pada waktu malam pasti akan mencacatkan gambar yang dirakam pada waktu siang. Oleh itu, biasakan dengan melakukan Reset Setting pada kamera anda sebelum mengambil gambar. Kali ini saya kongsikan cara reset untuk kamera DSLR Nikon.

Factory Default Settings

Untuk reset kepada tetapan asal kilang  (Factory Default Settings), boleh gunakan dua butang  yang ada titik hijau seperti gambar di bawah. Gambar di bawah saya ambil pada kamera Nikon D90.

Caranya mudah sahaja, tekan kedua-dua butang tersebut (+/- Exposure Compensation button & AF Mode button) selama 2 saat sehingga paparan pada setting  bertukar. Apabila setting sudah bertukar, bolehlah membuat setting baru mengikut keperluan semasa anda.

Nikon Factory Settings

Lain kamera, lain juga butang resetnya.

Jadual 2 Butang Reset Kamera Nikon Mengikut Model

Camera

Button 1

Button 2

D40/D40X

Shooting information button

Playback zoom/Setting button

D50

Shooting Mode button

Self timer button

D70 & D70s

BKT Button

Metering mode button

D90 & D80

+/- Exposure Compensation button

AF Mode button

D100

Flash mode button

BKT Button

D700, D200, D300, D300S & D7000

QUAL (image quality/Size)

+/- Exposure Compensation button

D5000

Information button

Information edit button

D5100

Menu button

Information button

D1 series

FUNC (function) button

Thumbnail button

D60

Playback zoom in button

Active D-Lighting button

D2 & D3 Series

ISO button

White Balance button

 Sila rujuk buku manual jika masih ragu-ragu. Untuk lebih jelas, saksikan video ini,

Nikon D90 Two Buttons (Reset Setting & Format Memory Card)

Sumber: Nikon USA

Carian Yang Berkaitan:

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam