Replika Ubi Kayu Penghias Bulatan Pekan Karakit, Pulau Banggi

582766 10150919287083231 251808250 n Replika Ubi Kayu Penghias Bulatan Pekan Karakit, Pulau Banggi

BULATAN DI PEKAN – Bulatan yang dihiasi ubi kayu merupakan satu-satunya bulatan yang ada di Pekan Karakit, Pulau Banggi. Perjalanan menaiki feri memakan masa sejam lebih dari Pekan Kudat. Sepanjang perjalanan, kebiruan air laut cukup cantik sekali. Kehidupan di sini tenang kerana kurangnya kenderaan di samping deruman ombak menghempas pantai memang cukup menenangkan.

Makanan laut di sini memang segar-segar belaka. Harga makanan laut juga cukup murah jika dibandingkan dengan tanah besar Kudat. Selain menjadi nelayan, penduduk di Pulau Banggi ini juga ada yang menjawat jawatan tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta.

Pekan Karakit kini dibangunkan dengan terancang. Pusat pentadbiran, Pejabat Urusetia Pulau Banggi telah dipindahkan bersebelahan SMK Banggi. Masjid dan beberapa bangunan baru adalah perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Info Mengenai Pulau Banggi, Kudat.

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Bajau, Kagayan, dan Suluk.

Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.

Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.

Sumber: wikipedia.org

pixel Replika Ubi Kayu Penghias Bulatan Pekan Karakit, Pulau Banggi

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Pelancongan and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

11 Responses to Replika Ubi Kayu Penghias Bulatan Pekan Karakit, Pulau Banggi

  1. daddydee says:

    salam tuan…saya tak pernah sampai sabah..dan teringin sangat nak ke sana…insyallah tahun depan…

    kreatif sungguh pakai ubi kayu sebagai landmark…tempat saya ada yang guna ketereh sebagai landmark…
    daddydee dan entrinya..Buku Jutawan – Untuk Jutawan Saja Ke??My Profile

  2. iAwani says:

    saya juga masih belum ada kesempatan mahu berkunjung ke pulau banggi, pulau gaya yang cuma di depan kota kinabalu pun belum disinggah lagi. Masa tidak izinkan. Mungkin di lain kali.
    iAwani dan entrinya..HTC Akan Perkenal Tablet TerbaruMy Profile

  3. maza says:

    errr… kalau lapar nanti, boleh sorang segigit ya.. hehehe
    maza dan entrinya..Kitab-kitab yang pernah maza pelajariMy Profile

  4. Kulanzsalleh says:

    Cuma mampu tengok pulau banggi dari jauh.. belum ada peluang untuk datang ke sana
    Kulanzsalleh dan entrinya..Senamrobik 1Murid 1Sukan 1MalaysiaMy Profile

  5. akubiomed says:

    Ini mesti produk utama daerah ini adalah ubi kayu.
    akubiomed dan entrinya..Floria Putrajaya 2012 bersama famili siri akhirMy Profile

  6. sbb byk ubi kayu ker?
    Jebeng Otai™ dan entrinya..Samsung Galaxy S3 Meletup Ketika DicasMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya