The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) Dibuka Kepada Umum

Pusat Pemuliharan Beruang Madu Borneo

Pembukaan Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC), yang bersebelahan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dekat sini akan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap hidupan liar itu.

BSBCC ditubuhkan pada 2008 dan dibuka kepada orang ramai selepas siapnya prasarana dan kemudahan termasuk pelantar memerhati, laluan pejalan kaki, dua rumah beruang, pusat pelawat, pejabat dan pusat informasi Beruang Madu.

Pembukaan BSBCC  disempurnakan bersama oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Datuk Dr Laurentius Ambu dan Pengarah Eksekutif Land Empowerment Animals People (LEAP) Cynthia Ong pada 16 Januari 2014 yang lepas.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC Wong Siew Te berkata BSBCC adalah di antara usaha pihaknya meningkatkan kesedaran awam terhadap beruang madu.

BSBCC terletak di kawasan seluas 2.5 hektar dan dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 3.30 petang, yuran masuk BSBCC adalah RM5 dan RM2 masing-masing bagi rakyat tempatan berusia 17 tahun ke atas dan 12-17 tahun. Manakala, bagi pengunjung asing adalah RM30 (17 tahun ke atas) dan RM15 (12-17 tahun). Dan kemasukan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah adalah percuma.

Terdapat 28 beruang madu berusia setahun hingga 20 tahun termasuk 21 betina di pusat itu, yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan LEAP, sebuah badan bukan kerajaan.

Beberapa organisasi yang memberi sumbangan penting kepada pembukaan BSBCC termasuklah  Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Yayasan Sime Derby, Yayasan Abraham, Yayasan Shared Earth dan Zoo Columbus.

Beruang madu diklasifikasikan sebagai spesies dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997, seperti status yang diberi kepada Orang Utan dan Badak Sumatera.

Mengikut enakmen itu, mereka yang didapati memiliki beruang madu atau produknya, boleh dikenakan denda hingga RM50,000 atau dikenakan hukuman lima tahun penjara atau kedua-duanya. –

Beruang Madu

Beruang Madu

Beruang madu (Ursus malayanus), merupakan beruang yang kebanyakannya terdapat di hutan hujan tropika Asia Tenggara; Bangladesh, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Selatan China, Semenanjung Malaysia, dan pulau Sumatra dan Borneo. Nama saintifiknya adalah Ursus (formerly Helarctos) malayanus.

Bentuk Fizikal

Beruang madu adalah sepanjang 120-150 cm (47-60 in), menjadikannya ahli terkecil dalam keluarga (Ursidae) beruang. Beruang jantan cenderung 10-45% lebih besar berbanding beruang betina; jantan biasanya seberat antara 30 dan 70 kg (66-154 lb), dan betina antara 20 dan 40 kg (44-88 lb). Ketinggian bahu adalah sekitar 60-72 cm (24-28 in). Beruang mamu memiliki cakar berbentuk sabit yang agak ringan dari segi beratnya. Ia memiliki telapak tangan yang besar dengan tumit kaki licin, kemungkinannya untuk membantu memanjat. Kakinya mengarah ke dalam menjadikan beruang madu berjalan seperti merpati, tetapi merupakan pemanjat yang baik. Ia memiliki telinga bulat, kecil dan hidung yang sasa. Ekornya adalah sepanjang 1.2-2.8 inci (3-7 cm).Sungguhpun bersaiz kecil, beruang madu memiliki lidah yang halus dan amat panjang, antara 8 hingga 10 inci (20-25 cm) panjang. Berung ini menggunakan lidahnya bagi mengeluarkan madu dari sarang lebah.

Tidak seperti beruang lain, bulu beruang madu adalah pendek dan licin. Adaptasi ini kemungkinannya disebabkan cuaca tanah rendah yang didiaminya. Bulu hitam gelap atau perang-hitam menyelitupi keseluruhan badannya, kecuali di dada, di mana terdapat tanda kuning bata pucat dalam bentuk bulan sabit. Bulu dengan warna yang sama juga terdapat di sekeliling muncung dan matanya. Tanda menonjol ini lah yang memberikan nama Inggerisnya.

Diet Pemakanan

Permakanan beruang madu kebanyakannya terdiri daripada invertebra dan buah-buahan tetapi sebagai maserba mereka akan makan sejumlah besar makanan termasuk vertebravkecil, seperti mengkarung, burung, dan penyu, telor, pucuk pokok palma, sarang lebah, beri, pucuk, akar, dan buah kelapa. Malah, beruang madu telah dilihat makan lebih dari 100 spesies serangga dan lebih dari 50 spesies tumbuhan.

SUngguhpun mampu memakan banyak spesies, beruang madu mempunyai sumber makanan kegemaran. Ini dipaparkan dalam satu kajian di mana anai-anai, semut, kumbang dan larva kumbang membentuk sejumlah besar invertebra yang dimakan, sementara buah pokok Ara merupakan sumber buah paling penting yang dimakan.[

Kegemaran beruang madu bagi madu memberi namanya. Rahangnya yang berkuasa mampu membuka kelapa. Cakarnya yang berkuasa dan panjang digunakan bagi memecah batang kayu dan balak tumbang bagi mencapai madu, pucuk dan anai-anai. Kebanyakan makanan beruang madu dikesan melalui deria bau, kerana penglihatannya lemah.

Kredit – Wikipedia | Bernama | Khabar Kinabalu

12 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam