The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

15 Kilometer Meredah Hutan Mencari Punca Air

Bekalan Air Graviti Sabah

Minggu lepas saya meredah hutan kerana melakukan kerja berkaitan bekalan air graviti. Saya memang agak jarang melakukan aktiviti meredah hutan. Kali terakhir kira-kira tahun 2011 yang lepas.

Dua hari itu saya berjalan kaki lebih kurang 15km meredah hutan serta menaiki dan menuruni bukit. Sebelum masuk hutan, kami siap-siap dah beli kasut ‘Adidas Kampung’. Selesa nak berjalan dalam hutan.

Bekalan air graviti merupakan punca air bersih utama penduduk luar bandar di Sabah. Ianya menjadi pilihan kerana tiada bekalan air bersih terawat dan ianya percuma (tiada bil bulanan). Punca air untuk bekalan air paip graviti adalah sungai, mata air dan air terjun. Semakin tinggi punca air/kawasan tadahan air, maka semakin kuatlah tekanan air yang dibekalkan kepada penduduk kampung.

Syukur juga kerana cuaca baik sepanjang kami melakukan kerja menjejak punca air. Kira terbalas juga penat lelah bila menjumpai beberapa buah kawasan tadahan air dan air terjun. Selain itu, beberapa serangga yang agak pelik juga dijumpai. Oleh kerana masuk hutan atas alasan kerja, saya cuma berbekalkan kamera kompak sahaja. Tak mampu nak menggalas kamera DSLR yang berat.

Kamera kompak menjadi pilihan saya kerana saiznya kecil dan paling penting ia kalis air dan hentakan. Kemungkinan jatuh dan basah akan terjadi semasa di dalam hutan. Baik bersedia dari awal.

Saya ingin kongsikan beberapa gambar yang saya sempat rakamkan.

DSCN3820

DSCN3909

DSCN3823

11 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam