The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Promosi Malindo Air Dengan 10,000 Tempat Duduk Percuma

Malindo Air Free Seat
#kredit gambar: Malindo Air

Sebagai pesaing baru dalam industri penerbangan di negara kita, Malindo Air kini menawarkan 10,000 tempat duduk secara percuma kepada pelanggannya.

Promosi terbarunya adalah penerbangan dari Lapangan Terbang Subang ke;

  1. Langkawi
  2. Alor Setar
  3. Penang
  4. Kota Bharu
  5. Kuala Terengganu
  6. Johor Bahru

Tempahan boleh dibuat pada 28 Julai sehingga 4 Ogos 2013 dan penerbangannya pula pada 20 Ogos sehingga 31 Oktober 2013.

Malindo Air

Malindo Air yang memulakan operasinya pada 22 Mac 2013 yang lepas menawarkan tambang serendah RM38 ke Kuching dan RM68 ke Kota Kinabalu. Kadar itu akan diteruskan ditawarkan sehingga September atau Oktober ini.

Malindo Air ditubuhkan hasil usaha sama National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dengan penguasaan 51 peratus dan kumpulan penerbangan Indonesia, PT Lion Group (49 peratus). Malindo Air akan menyediakan 28 penerbangan mingguan ke Kuching dan 21 penerbangan ke Kota Kinabalu.

Konsep penerbangan hibrid merangkumi penawaran kepada tempat duduk kulit lebih besar kepada kedua-dua kelas, televisyen peribadi bagi sistem hiburan dalam pesawat, perkhidmatan sajian penuh bagi kelas perniagaan dan snek ringan bagi kelas ekonomi.

Sebagai tambahan, Malindo Air akan menawarkan perkhidmatan WiFi pada kadar caj yang kecil tidak termasuk dalam tambang penerbangan, selain penumpang tidak dikenakan caj untuk muatan bagasi sehingga 30 kilogram (kg) untuk kelas perniagaan dan 15kg (kelas ekonomi).

Ramai yang memberi respon baik mengenai perkhidmatan Malindo Air. Sayangnya, saya sendiri belum berkesempatan menaiki pesawat ini. Kepada rakan-rakan yang sudah menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Malindo Air ini, bolehlah berkongsi pengalaman di ruangan komen.

Sila ke laman web mereka untuk membuat tempahan dan maklumat lanjut.

http://www.malindoair.com

Sumber: Blog Cutisabah.my | Berita Harian

Carian Yang Berkaitan:

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam